27 Ogos 2009

::Dugaan Buat Kami::


23 Ogos 2009

Saya sekeluarga berbuka di rumah Nenek saya di Bukit Subang, Keadaan Mya waktu tu sgt2 ceria, aktif & sihat waalafiat. kami balik dr subang dalam pukul 9.30 malam.


24 ogos 2009

4.30 pagi.. saya bangun utk siapkan sahur, simple jer.. goreng ayam, masak nasik & ayam masak kicap. Tung tang tung tang kat dapur kul 5.00 siap. kejutkan B sahur, sy masuk bilik tengok mya tgh tidur nyenyak.

5.30 pagi... siap sahur sy masuk bilik duduk rehat kejap. Masa tgh duk kat katil dengar suara Mya merengek ingatkan dia nak susu, masa saya pandang Mya sy tengok badan dia menggeletar. ehh... sejuk ker, takkan lah sejuk, sy pasang kipas tak laju, Mya pakai baju lengan panjang dgn seluar panjang.

Saya cuba kejutkan Mya... panggil nama dia... tapi tak der respon. Badan Mya masih menggeletar macam orang dalam kesejukan yang teramat sangat. Saya panggil B... bila B tengok Mya dalam keadan mcm tue... cepat2 dia suh saya siap nak bawak mya g Klinik.

Masa nak ke klinik, badan Mya masih menggeletar, saya dah tak sedap hati , sy suruh B terus ke hospital jer, tiba2 .... Mya mcm dah tak sedarkan diri... saya panggil2 nama dia, senyap jer dia tak gerak.... waktu tue... air mata saya dah berjurai2... mulut tak henti2 baca ayat kursi & berdoa semoga mya sedar semula.

6.20 Pagi... Sampai kat hosptal kami terus bawak Mya kat Emergency, doktor yg bagi rawatan masa tue terus tahan Mya kat wad ICU, masa ambik darah Mya dah sedar semula, cuma badan dia lemah sgt.


Lepas semuanyer kembali stabil, Mya dibawa ke Wad untuk rawatan susulan. dokter kata Mya kena tahan wad dalam 2, 3 hari nak tengok result ujian darah.


26 Ogos 2009

Alhamdullillah... Mya nampak bertambah sihat, mula aktif semula cuma dia tak der selera nak makan @ minum susu... dokter Pakar bgtahu Mya mengalami kekejangan badan mungkin berpunca daripada suhu badan yang terlalu panas. tapi yg peliknyer masa dia kena kekejangan badan tue dia tak demam pun. suhu badan dia normal. cuma masa dia sampai hospital jer badan dia jadi panas tiba2. Tue yg dokter kata pelik dgn Kes Mya.

Saya mintak Dokter buat ujian pada kepala mya.. sbb 2 minggu lepas mya jatuh tangga, mungkin sbb ada hentakkan pada kepala buat Mya jadi macam tue. Dokter buat beberapa ujian pada Mya, hasilnya.. dokter kata tak ada apa2 , sbb tindak balas yg Mya bg semuanya positif. Tak ada apa yang mencurigakan.


11.00 Pagi... dokter kesan ada masalah pada paru2 Mya, mungkin dijangkiti kuman. Ya Allah, ada lagi ujian untuk kami rupanya.... Dokter bg pilihan sama ada saya nak jaga Mya dirumah atau tingal di hospital. Risiko tinggi kalau saya duduk di hospital sbb kes H1N1 kat hospital tue terlalu tinggi, kanak2 yg ada masalah paru2 paling senang nak dijangkti Virus. Masa kami masuk pun ada kes baby yg kena H1N1, kalau ikutkan Dokter tak bagi sy bawak mya balik tapi... dokter tue kata dia sendiri risaukan keadaan kanak2 yg ada kat hospital tue sekarang. walaupun pesakit H1N1 di tempatkan kat Wad lain... tapi tak mustahilkan kalau sesuatu tue nak berlaku.


6.00 Petang.... kami di benarkan pulang dengan syarat, saya kena bawak Mya ke hospital dengan segera jika ada apa2 jadi pada Mya.



27. Ogos 2009

Sy sambung cuti untuk jaga Mya... saya buat kan bubur nasik tapi mya taknak makan langsung. Bagi susu pun dia taknak. dia cuma nak minum air masak jer. Batuk, Selsema & Muntah makin teruk pulak hari nie.

Nasiblah Mya tak banyak meragam & Senang bg makan ubat, dia baring jer kat depan TV...tp... saya risaukan dia yg taknak makan langsung, bg roti pun dia pegang jer sampai lunyai roti tue.... Sy berharap sgt... mya cepat sembuh.... kembali aktif & ceria seperti selalu.






21 Ogos 2009

::Yeahhhh dpt Cuti Raya Semingguuuuu::


Eeeeee... tak senonoh betul lah... belum lg setat puasa.. dah cerita pasal cuti raya... hehehehe sorriii bukan apa, tadi sebelum kuar lunch Bos ada buat meeting .... meeting kali nie byk citer pasal sale company yg kureeeng memberangsangkan semenjak 2 menjak nie... yerlah ekonomi tgh gawat kan... TNB pun dah cut budget diorang jadi tender semakin berkurangan, bila tender semakin kureng maka Order pun makin kurang lah masuk....
Yang telinga nie sedikit "Bernanah"bila dengar pasal kenaikkan gaji tak ada untuk tahun nie & tahun depan.... terpaksalah terima hakikat gaji ku tetap seperti dulu....apa2 pun sy kena bersyukur sekurang2 nyer company tak buang pekerja untuk kurangkan kos. AMin syukur Alhamdulillah.... :)


Dan.....yang paling ditunggu-tunggu ialah pengumuman tentang "BONUS" bos kata sama mcm tahun lepas jugak, dapat seminggu sebelum hari raya... best sikit telinger nie mendengarnyer hehehehehe... leh lah buat shopping2 baju raya Mya. Cuti raya pun bos dah bgtau siap2... OOooo Yeaahhhh!!! dapat cuti seminggu...... tapi....... kena tolak Annual Leave 1 hari yg 3 hari lagi tue company bagi... Alahhhh.. cuti panjang2 pun... mcm lah En hubby kita dapat cuti seminggu jugak.. dia cuti mesti 2,3 hari jer... so melepak depan TV nengok siaran ulangan Astro lah nampak gaya nyer nnt.


Saya nie tgh Pening kepala sebenarnyer.... first sebab masa lunch tadi makan nasik beriani lauk daging kambing rasa macam nak tumbang jer pas makan tadi. 2nd sy tgh dok pikir menu apa nak masak untuk sahur esok. kalau ikutkan Tekak En Hubby tue mst dia order ayam masak kicap mcm my MIL masak. Jap gi nak "TERJAH" blog cik hanielieza lah nak meng"usha" menu yg best2 kat blog dia...



:: Jgn Buat2 lupe yer...besok pose!!::

Alhamdulillah... Allah masih beri kesempatan pada kita untuk menikmati keindahan Ramadhan kali ini... semoga ibadah yang kita lakukan akan diterima & diberkati. Amin....
Salam Ramadhan buat semua teman2

20 Ogos 2009

:: kARI mAK yG bESHH::

Pic By Google

uRRRkkkk... Alhamdullillah syukurrr.. kenyang peyut nie... tadi masa lunch sy balik umah mak... rindu pulak kat mak.. padahal baru jer jumpa hari sabtu ngan ahad hari tue... kuar2 jer dr kereta... bukak jer pintu dah bau semerbakkkkkk "Kari" mak masak... nie betul2 langkah kiri & Kanan nie...



Apa lagikkk... dan2 jer capai pinggan bubuh nasik siap2, kena pulak ikan masin ngan kiCap... fuhh terangkat monnntottt Wa cakap luuu!!!... sambil2 borak ngan mak tangan dok tambah nasik, tambah lagik.. dan lagik... adalah 3, 4 kali tambak nasik...sila salahkan diri sendirik bila perut makin membulat,pipi makin montok,dagu makin berlapis ekekeke....



Eermm.. patutnyer hari nie nak apply COTIEEEE... sbb nak g buat pasport...tapi tgh dok pikir nie... jadik ker tidak nak g... sbb kalau melihatkan kerakusan H1N1 menyerang penduduk dunia, rasa cam tak selamat lak nak ke luar negara dalam masa sekarang.



Errrmmmm.....cam ner nie???




17 Ogos 2009

::BBQ & Village View::



Perkara : Perjumpaan Keluarga


Merujuk perkara diatas, Abah dengan suka citanyer (Yahooo.. Yeaahh!!!!) menjemput anak2, menantu2 & cucu2 (cicit belum ada lagik), datang berkumpul ke bangLo 14 tingkat abah yang terletak di Kg Sri Langkas Tambahan, pada hari sabtu 15 Ogos 2009 Bersamaan 7 hari sebelum bulan Puasa Pukul berapa nak datang suka hati korang lah... asalkan korang datang... jgn tak datang tau!!

yg penting jgn lupa bawak hadiah hari jadi abah..ekekeke.... kedatangan adalah disunatkan.

aktiviti adalah seperti berkut :-

a) Makan2...
b) Duduk melepak...
c) Bersembang....
d) & tidurr depan tv beramai2....

Diharap kehadiran korang semua dapat menghuru harakan rumah mak & abah nie... (sebenarnyer abah ngan mak rindu kat korang semua xspecially cucu2 abah tue... )

Sekian Terima Kasih


Yang Benar,
Mustafa B Hanipah




BBQ


Hehehe cian kat along (tukang Kipas) dapat rasa 2 ketul ayam jer.. yg lain dah kena rembat awal2 ngan kami... ekekeke...


Habis jer aktiviti BBQ kami semua dok membungkang depan TV....perut dah kenyang.. mata mula lah terbayang2 kan bantal Golek.

**************************************************


Hari ahad... Balik dr umah Mak & Abah, Pas Maghrib kami sambung lak aktiviti makan2 ngan kak Nora & Abg Azhar... kami g Port Baru pulak.... Village View kat Bangi... tempat dia Bestttt... Tp sayang... makanan dia.. Kureeeennnggg sikit.... Steak dia telah membuatkan sy Sakit perut memulas2 masa sampai umah... mungkin sbb dianyer Black Paper kaw2 dia letak dalam sos steak tue. (haha padan muka sy berlagak sgt nak makan western Food) kak Nora & Abg Azhar makan Nasik, Ikan Kerapu,Ayam Pandan, sup sayur campur, kerabu Mangga & nasik lemak.



Sekian Wassalam..
itu sahaja Cerita hujung minggu kami kali ini.



14 Ogos 2009

::Selamat Hari Lahir Abah::

Pic By Google

Hari nie.. 14.Ogos.2009 genap sudah umur abah 53 tahun... alhamdullillah allah telah berikan abah kesihatan yang baik sehingga ke hari ini... angah tahu... selama 53 tahun abah telah menjalani kehidupan yang penuh onak & duri suka duka abah silih berganti... di usia semuda 9 tahun abah telah belajar hidup berdikari tampa ibu tercinta yg pergi mengadap ilahi... abah merantau ke Kuala Lumpur untuk mengubah nasib diri... melakukan apa saja kerja untuk mendapatkan sesuap nasik.


Bermula dengan bekerja sebagai buruh kasar abah menjadi "Mandor". berkat kesungguhan abah....warna kehidupan semakin cerah secerah mentari pagi....sekitar tahun 70an abah telah membuka sebuah kilang cili sos... lucu bukan??? hanya dari seorang buruh kasar boleh membuka kilang... ya... kilang tu bukan lah sebesar kilang Motorola di sungai Way.. cuma kilang biasa... yg cuma ada beberapa org pekerja... Cili sos buatan abah bukan setakat laris di selangor tapi hingga ke negeri perak,melaka & Johor...Dugaan datang menguji...perniagaan abah jatuh tersungkur... tapi abah tetap tersenyum.. katanya "adat berniaga, yg penting kita usaha"....

Minat abah pada bidang Perniagaan tak pernah pudar... malah tetap membara, apa yg berlaku sebelum ini abah jadikan sebagai pengalaman yg berharga. berniaga Pop corn, menjual kain ela, menjual pingan mangkuk, menjual baju bundle dan akhirnya..... abah menjadi "Kontraktor" walaupun bermula dgn projek memotong rumput... abah berjaya mendapat projek ratusan ribu ringgit. kehidupan kami sekeluarga tidaklah mewah, sekadar "senang2 kuku" kata org. Hujung minggu adalah hari yg sy & adik nantikan... abah akan bawak kami sekeluarga bercuti atau makan di hotel, sebut saja dimana ada makanan sedap.. abah pasti akan bawa kami kesana.

Hidup bagaikan roda... sekejap kita diatas & sekejap kita di bawah... Abah ditipu lagi... dengan rakan kongsi yang amat abah percayai. "Setengah JUTA" duit simpanan dalam akaun syarikat dilarikan begitu sahaja. inilah ujian yg maha Hebat yg abah terima. abah terpaksa korbankan semua tanah & rumah sewa yg ada untuk membayar gaji pekerja, sewa Pejabat, dan bermacam2 lagi... yg membuat hati sy meruntun kesedihan bila melihat abah terpaksa berniaga goreng pisang ditepi jalan. Sekarang abah bahagia dengan kehidupan sebagai peladang... abah berbakti pada tanah, menanam sayur2an untuk dikomersialkan. semoga abah berjaya dalam bidang ini. Amin



Abah....

Walau apa pun yg terjadi... abah tetap "WIRA" kami.... angah sayang abah..... angah doakan abah sihat,gembira & bahagia hingga ke akhir hayat.


Note: Tghari nie nak gie Jusco Equine Park, nak cari hadiah utk abah ermmm. nak bg apa yer tahun nie???




11 Ogos 2009

::HampA::

Impian nak beraya kat rumah baru mungkin tak kesampaian.. sbb?? ermm... baru nak start buat renovation... barang2 pun tak survey lagik... aiyaaaa... tue yg cam tak bersemangat nak beli baju raya tahun nie.. (hehehe tak der kena mengena langsung).

Pejam celik pejam celik dah nak puasa kan... lagi beberapa hari jer... kepala tgh dok pikir nak buat bizz bulan puasa nie... tgh dok bincang2 ngan Ernie (Bizz partner) nak jual baju branded kids. leh topup2 nak shopping raya nnt. Ermm.. janji ngan mak nak belikan kain langsir raya kaler ijau tahun nie... ingat nak g nagoya kat Jalan TAR lah weekend nie... Jomm nak ikut tak??? hehehe




10 Ogos 2009

::Happy Gileeerrrr::


Mood sy Happy yg teramat sgt.... sebab???? En Hubby Telah "MEMAKBULKAN" salah satu wishlist sy semalam.... Yeaahhhhaahhhh!!! sonotttnyer....



Tohhcheeee Lalingggg !!!

Dah lama sy meng "usha" benda nie... kejadian semalam mmg tak disengajakan.. hehehe boleh ker guna ayat mcmtue?... ptg semalam kitaorg keluar bergathering ...."keluarga 3A"... bukan 3 Abdul Okehhh!!! .....keluarga Abg Anuar + Abg Azhar + Azlan ".. kuar makan2 +lepak2 + sembang2 kat D' kayu IOI...mmg heppening gilerrr ... :)

Mula2 kami cuma nak temankan kak Nora me"Rembat" sunglass Esprit dia... yg saya nie dok mengusha jerlah... En Hubby telah memerhati dr jauh gelagat isteri nyer membelek2 sunglass IDAMAN HATI...

Tiba2... terdengar "KATA2 KERAMAT" dr mulut En Hubby... "Yang.. ambik lah sunglass GUESS yg awak nak"... fuhhhhhh macam Halilintarrr menerjah ke lubang telinga!!! bila En Hubby cakap mcm tue... BERMIMPI kah aku??? apa lagi.. bagaikan Org Mengantuk Disorongkan Bantal dgn tilam DUNLOP lah jadinyer.... hehehehe

Design tue nampak makcik2 sikit kan... Fedulllikkk lah.... janji Wishlist ku dah termakbulll!!!! ekekeke...

Note: Taniahhhh kak Ila & Abg Nuar... kak Nora, kena cepat2 kejar kak Ila.. hehehe!!!!





::Peneng Besttt::

Layan Gambar jerlah.... tak larat dah nak bercerita.... heheheh apa2 pun percutian kali nie mmg bestttt!!!

Pinky Gurlll!!
Hentian Rehat Tapah

Ondewei ke Pulau Orang Utan

Pantai Batu Feringgi

Mai!!! Pekena Laksa Tanjung Bunga, Peneng

Red Gurlll!!

Bukit Bendera, Peneng



06 Ogos 2009

:: Bersuka Ria di.....::

Fuhhhh...sampai jugak kami akhirnyer ke BUKIT MERAH LAKETOWN...byk dugaan masa nak sampai sini... Kami Bertolak dalam pukul 6.30 pagi... mula2... masa lalu depan IOI Mall ader benda kat atas bumbung kereta kami tercabut... ingatkan ada Part pd Sunroof kereta tercabut...rupa2nyer getah yg kat atas bumbung tue tercabut... dah nama pun kereta "KLASIK" kan hehehehe semuanyer nak tertanggal kalau yer pun nak tertanggal.. nanti2 lah... time2 nak bersuka ria nie lah dia nak buat hal....

Perjalanan diteruskan menuju ke Perhentian TAPAH, nak "sapedekkkk" dulu... tgh2 dok speed nie.. tetiba abg azhar slow... kami nie ingat kereta dia rosak... nak kata rosak, tak pulak dia bg signal nak ke tepi... sampai Perhentian Tapah.. abg zahar kata... getah yg kat bumbung kereta dia pun tercabut jugak.. kihkihkih.. ingatkan kereta kitaorang je yg KLASIK.. rupa2nyer kereta abg Azhar Lg Klasik... :) aduhaiiii lawak sungguhhh!!

Sampai2 jer kat Hentian tapah.. budak kenit nie dah tunjuk Playground... sementara nak tunggu bapak2 check kereta... layan Mya main buaian... suke sgt si kenit nie...


Syira & Mya

Ada lg satu insiden.... Abg Zahar terlupa nak tutup minyak hitam kat enjin kereta dia masa isi minyak kat Puchong.... dah sampai Tapah baru perasan...ishkkk nasiblah tak der apa2.... jadik kami terpaksa masuk Pekan Tapah dulu semata2 nak cari Penutup minyak hitam tue... pusing punyer pusing nak dekat sejam.. baru jumpa kedai spare part kereta...


Dari tapah ke gopeng kami ikut jalan biasa jer.... sampai gopeng, naik haighway balik. pecut sampai Bukit merah.... akhirnyer kami selamat sampai jugak ke sini.

Mya mmg pantang nampak air...


Patutlah masa nak booking Hotel kat sini semua nyer Full... rupa2nyer ada FAMILY DAY TNB zon Pulau Pinang... ramai giler, pak2 arab pun ramai sgt becuti kat sini... disebabkan orang tgh pack sgt kat dalam waterpark... kami g pulau orang utan & Eco park dulu.




Mya ngan Papa




Family Kak Nora & Abg Azhar.



Kiuttttnyer Dia....


Recovery Room.. untuk Baby2 Orang utan yg baru dilahirkan.. diletakkan dalam bilik nie.. best woooo... baby org utan nie duduk dalam aircond, siap tidur dalam baby coat, minum susu mahal pulak tue....

Masa sampai2 kat Pulau orang utan nie... Hujan Lebat pulak... semua Org Utan bertempiaran cari tempat beteduh...

Cewahhh ...Pandai org utan nie posing kan???


Masa nie hujan dah reda.... kami meneruskan perjalanan memasuki pulau orang hutan... ermmm bih kurang mcm Penjara PUDU lah tempat nie.. siap ada pagar2 besi gitue... nie Org Utan Betina... nama dia "Angelina Jolie".... hehehe gurau jer... tak ingat lah nama dia apa...


yg belakang B tue Orang Utan Jantan... penyelia yg bg penerangan kat kami tue kata.. dia nie orang utan jantan yg paling MACHO sekali kat pulau nie.. org utan nie bila dia kuat bergaduh pipi dia makin membesar... so kalau kita nak tahu Org utan nie "SAMSENG" ke tidak.. nengok pipi dia...lepas puas kami melawat sahabat handai kat Pulau Orang Utan.... kami pun naik bot menuju ke Eco Park pulak...kat Eco Park nie ada macam2 binatang... macam mini zoo lah kirenyer...




Kesian kat rusa nie.. sampai plastik pun dia nak makan.. laporrr sgt gayanyer...




Benda yg kami naik nie mmg pelik sikit... macam basikal tapi kita kena kayuh ngan tangan.... ketaq lutut gak masa naik benda nie sbb kat kiri kanan semua hutan kat bawah tu lak ada paya...kot lah jatuh leh koma 5,6 hari jugak rasanyer...



Bersungguh abg Zahar mengayuh menatang nie...



Lepas puas kami meraound dalam eco park nie... kami semua cari tempat nak mengisi tangki perut pulak... yg best nyer kat sini.. barang2 & makanan nyer MURAH sgt... kiranyer tak CEKIK DARAH lah... lepas makan siap2 tukar baju nak "BERKUBANG" dalam Water park pulak... hujan renyai2... tapi kitaorang belasah jerrrr. Mya,Syira & farah mmg Happy sgt... jari2 sampai kecut2. Water Park dah nak tutup baru kitaorang keluar mya letih sgt sampai tertido masa pakaikan baju kat Baby Room. hehehehe memag PUAS lah PENGEMBARAAN kami kat BUKIT MERAH LAKETOWN nie..
Next Entry.... cerita kami menjelajah ke PENENG pulak!!!


04 Ogos 2009

::AL-Kisah Di sebuah Padang Pasirrrr::



Biarlah gambar nie sahaja yg menceritakan segala2nyer....
"Apa Nak Jadik lah dgn anak dara sorang nie..."

::Rajin Sangat::

Semenjak 2 menjak nie... Mya rajin sgt tolong sy buat kerja rumah.. yg paling dia suke sgt... "Angkat KAin Masuk Bilik"....ha.... nie lah rupenyer.. bila kain2 yg dah dilipat Mya tolong angkat.... Tercicir sepanjang jalan nak masuk ke bilik... elok2 dr depan dia bawak 5 helai baju.. sampai bilik tinggal sehelai jer.... Apa2 pun timer kasih byk2 kat anak mama yg rajin nie.... Mmmuahhhxxx...