28 Jun 2011

::Mya Junior Wish List :

Ewah2... nie saper punyer Wish list nie sebenarnyer?? mama Mya Junior ker???? Mya Junior??? Hehehe.... Layankan ajerlah angan2 si Mak Buyung nie... Wish List jer... belum tentu leh dapat semua barang2 yg Di Wish kan tue...


Wish List Yg Pertama

Baby Diaper Beg
(nie Pun nak wish ker??? ngade2 betul...)


Hamboii2... nengoklah Wish List Si Mak Buyong nie.... Ada Hati nak beli Gucci Diapers Bags.. Ingat "Bini Pak Menteri" ker Vvvverangan nak pakai set Gucci cam gini... simpan gaji Setahun pun belum tentu dapat beli k!...

sudah2... sok beli Diapers Beg yg murah2 jer kat Jusco... Huhuhu "Kesat Air mata...."



Wish List Yang Ke Dua

Stroller SCR6
(hari tue kan dah citerrrr.....)




Kalau org lain berlumba2 nak beli brand Quinny, Perego, Graco, Maclaren & seangkatan dengan nyer.... saya pulak nak yg jenama Malaysia... hehehe Sweet Cherry pun sweet Cherry lah.. yg penting design nyer sgt memikat di hati & sanubari saya ini.. Cewahhhh .... ( sebenarnyer tak der duit nak beli stroller yg jenama mahal2... Apa nak buat nasib badan....)

Kalau Dulu.. masa Kakak Mya lahir, sy & Hubby tak pernah pun terfikir nak beli stroller.. sbb masing2 berebut nak dukung Kakak Mya... tp sekarang nie... rasanyer.. Stroller mmg satu keperluan... kang klu nak g jenjalan takkan nak berlari2 kejar Kakak Mya sambil Dukung Mya Junior.... Uihh jenuh....


Wish List yang Ke 3

Baby Cradle





Jenama Sweet Cherry lagikkk.... berkenan yg kaler Biru.... tp nampak cam "Boboy" pulak... tak kisahlah yg maner satu... Rasa Cute pulak klu letak baby dalam Cradle mcm nie, jimat ruang, lepas tue boleh alih2 (tolak mcm kereta sorong) nak letak dalam bilik ker, ruang tamu ker, dapur ker.... siap ader penutup ala2 mcm " Tudung saji" gitu, nnt tak der lah baby kena Gigit Nyamuk kan...



Rasanyer itu jerlah wish list untuk Mya Junior... yg lain2 tue belum pikir lagik.... Baju2 Kakak Mya masa Baby dulu dah siap kuarkan dr lemari... tinggal nak basuh & susun dalam bakul. Weekend nie leh lah ajak En Hubby Shopping "sikit" barang2 Mya Junior (boleh percaya ker "sikit" Mama Mya nie???)....sila jangan Percaya....


P/s : Ohh lupa nak bgtau... klu ada kengkawan yg tengah duk cari barang baby.... Esok 30/06/2011 - 10/07/2011 ader My Dear Warehouse Sale, kat Pusat Perindustrian Meranti Jaya, Puchong. Selalunyer klu My dear buat Warehouse sale, mmg giler2 murah....





26 Jun 2011

::Bangun Pagi Tak Gosok Gigi::



Semangat "Kuda"betul pagi nie....
Celik2 jer mata terus menggagau cari lappy
semata2 nak search "Resepi Bihun Goreng Singapore"
dah berhari2 "Terangsang" (hahaha ayat tak leh bla...) nak makan Bihun Goreng Singapore macam Biras saya buat (Kak Nora).

Inilah resepi Hasil saya menggogle (ehhh hasil masakan nyer belum lagik yer... still atas katil lagik nie tgh mengupdate blog.... hehehe)




Bahan-Bahan
1 peket bihun- direndam hingga lembut
1 mangkuk kecil isi ayam - dihiris
1 mangkuk kecil udang/sotong
3 keping fish cake - dihiris tebal
1 batang lobak merah- dipotong memanjang halus
Segenggam taugeh
4 ulas bawang putih - ditumbuk
5 ulas bawang merah - ditumbuk
1 sudu besar serbuk lada sulah atau lada hitam ditumbuk
Sedikit sos tiram/kiub ayam(jika suka)
Bawang goreng (utk tabur)
garam secukup rasa
minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dlm kuali,tumiskan bahan tumbuk hingga wangi.
2. Masukkan isi ayam,sotong dan masukkan sedikit air dan kacau sebentar hingga empuk.
3. Masukkan fish cake,lobak merah,lada sulah,sos tiram/kiub ayam dan garam kacau rata.
4. Kemudian masukkan bihun dan gaul rata dan tambah air jika perlu.
5. Akhir sekali masukkan taugeh,daun kucai dan gaul rata....tutup api dan sedia dihidangkan bersama taburan bawang goreng dan cili jeruk atau sambal kicap jika suka.






23 Jun 2011

:: Istimewa Buat Iris::








Note:
FirstTime Upload Video kat Youtube... sgt lah lama nak mengupload Video nie.... Iris Punyer Pasal.. Maklang sanggup tunggu sampai tak kuar gie Lunch... :)

Konfius... naper mula2 tue kuar gambar Atok, Maksu ngan Alisya??... Belasah ajerlah... janji video nie boleh jadi kenangan untuk Iris bila dah besar nnt...


Mmuuahhh....
Selamat Hari Lahir


Ikhlas Dari,
Maklang Yg Comel :)




20 Jun 2011

::::Warkah Buat "Abah"




Abah,
Sebelum apa-apa, angah nak Ucapkan Selamat Hari Bapa dan terima kasih kerana telah membesarkan Angah, Along & Adik dengan baik.

Terlalu banyak pengorbanan yang abah lakukan untuk kami adik beradik. Tak mungkin kami balas dengan Wang Ringgit. Hanya Allah yang mampu membalas Jasa abah selama membesarkan kami di Dunia nie.

Tanpa abah, kami mungkin mati kelaparan,
Tanpa abah, kami mungkin tiada tempat berteduh,
Tanpa abah, kami mungkin hidup melarat...

Doa Angah buat Abah, semoga Abah Sihat, Ceria & Bahagia setiap masa. Walaupun jauh dimata, tapi hati Angah sentiasa ingatkan abah. Angah Sayang Abah...



Ikhlas dari
Angah
Anak mu yg Comel :)




19 Jun 2011

:: "Papa Lan" ::



Buat Insan yang bernama
Azlan Bin Kamaruddin a.k.a "Papa Lan"

Terima Kasih kerana telah menjadi "Papa" yg terbaik dihati Kami
Terima Kasih Kerana telah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang "Papa" dengan cukup Sempurna...
We Love U So Much!!!! Mmuuahhh....







17 Jun 2011

:: Petua Menaikkan Uri::


Terjumpa Petua nie masa sedang mengg "google" semalam... Insyaallah akan saya cuba amalkan petua nie, walaupun dah agak terlambat. Apa yg penting kita perlu "Berikhtiar" jgn sesekali putus asa... Caiyokkkkkk Mama Mya!!! (Cewahh semangat berkobar2 pulak sy nie...)


Placenta Previa

Inilah kedudukan Uri (No 1) dalam Rahim saya. ianyer berada di bahagian paling bawah sehingga menutup laluan untuk baby lahir secara Normal.


Ini Pulak Kedudukan Uri yg Normal, kepala Baby berada betul2 dibahagian pintu Rahim.



PETUA UNTUK MENAIKKAN URI


Senaman ini boleh dilakukan sebanyak dua kali sehari iaitu : sewaktu bangun pagi dan sebelum tidur (selepas isya’).

CARA : Baring atas katil dengan kaki diangkat ke atas, jika tidak mampu mengangkat kaki, cuba sandarkan ke dinding. Maksudnya kita baring dalam bentuk ‘L’ iaitu kaki disandarkan ke dinding agar tidak jatuh. Baring dalam keadaan begini selama mana yang mampu lakukan. Paling penting, jangan memaksa diri sendiri. Kebiasaannya, bagi ibu yang sudah hamil ‘tua’ (trimester ke-tiga), memang agak kurang selesa untuk kita berbaring dalam keadaan begini.

Teknik pernafasan : Tarik nafas perlahan-perlahan, sedalam yang mungkin mengikut kemampuan (waktu tarik nafas, pastikan kaki diangkat atas dan disandarkan ke dinding). Dengan menggunakan satu nafas, cuba tahan nafas anda selama yang mampu. .

Cara menarik nafas juga penting, iatu dengan menggunakan perut dan bukan hidung. Maksudnya, bila kita menarik nafas menggunakan perut, kita rasa perut kita naik ke atas sedikit. Lepaskan nafas secara perlahan-lahan, dalam jangakamasa yang sama (lebih kurang sama ketika menahan nafas). Buat senaman dalam 10~15 kali untuk satu sesi senaman.

Ulang senaman selepas bangun pagi, sebelum menunaikan solat subuh atau sebelum matahari terbit.

Selain daripada senaman, cuba berinteraksi dengan bayi dalam kandungan. Pujuk bayi agak pusing ke bawah dan uri biasanya akan naik ke atas mengikut pergerakan bayi. Sujud yang agak lama juga dapat membantu menaikkan uri, kerana kedudukan sujud itu sendiri dapat memperbaiki kedudukan rahim ke tempat asal, insya Allah.

Semoga dipermudahkan Allah, amiin.




13 Jun 2011

::Bukan Lagi Teka Teki::





Tengah Duk kumpul duit kat tabung ayam... nak beli benda nie untuk Mya Junior....


"Mya Elfira Qistina "

Ohhh... sy mmg tak pandai buat Suprise.... heheheh

Last week dah Scan... Insyaallah... 2nd baby nnt adalah GIRL!!!!!!!! (hehehe kesian kat nenek Mya, sbb teringin sgt nak Cucu Boy... )


Hujung bulan nie boleh lah selongkar balik baju2 Kakak Mya masa baby dulu.... nak kena basuh & simpan dalam bakul elok2. Alhamdullillah.... Jimat mama & papa sbb tak payah nak shopping baju baby sgt.

Tp... sebenarnyer byk jugak benda lain nak kena beli untuk Baby.... Rasanyer ujung bulan nie nak start belli sikit2 maner barang2 yg penting, sbb takut bulan 7 nnt sy dah kena tahan wad... Apa2 pun... Doakan kesihatan sy & baby yer....

:)



12 Jun 2011

:: RaSa MenYesal PulaK....::






Tetiba rasa menyesal pulak Potong Rambut Mya....
Untuk saya.. Mya nampak Sweet bila berambut panjang...
Nampak Funky bila berambut Pendek...

Rindu nak Ikat Rambut dia...
Rindu nak buat Tocang kecik2 kat rambut dia....
Rindu nak main shampo2 mcm kat saloon bila mandikan dia....



Cepatlah rambut Mya Panjang semula....




08 Jun 2011

::Terkejut!!!!::



Semalam... ader Appointment kat hospital serdang. Biasalah bila Gie Hospital gomen nie... klu tak 3,4 jam menunggu mcm patung Cendana kat Depan kaunter tue mmg tak SAH.

Tetiba Terasa sedih + Jelezz pulak bila nengok rakan2 seangkatan (ibu2 yg tgh sarat mengandung) yang datang kat Wad tue ditemani Suami2 mereka.... tp saya.... cuma datang seorang diri.... Drive Sendiri... & uruskan semuanyer sendiri....


:( Sedih!!!!!!!!!!


Ondewei balik dr Hospital, dapat Call, tp tak sempat nak Pickup Call tue sbb tgh Drive.
Dah nak sampai Umah baru boleh jawab panggilan tue. Risau jugak sbb tak henti2 No yg sama duk Call berulang kali. takut Emergency Call dr sedara mara kat Kg.

Bila Jawab jer Call tue, terdengar suara yg sgt lembut diri hujung talian (Cewah ayat....) sy pun tanyer lah....


Saya : Siapa nie....?

NR : Nie kak Nani...

Saya : Kak Nani yg maner yer?
(Cuba ingat semula nama kawan2, sedara mara @ Customer)


NR: Ooooo Diana mungkin tak kenal kot.... Kak Nani Rostam

Saya : Nani Rostam... Ermmm mcm pernah dengar nama nie....
(cuba ingat lagik siapa kah gerangan pemilik nama Nani Rostam nie)

NR: Akak nak order barang boleh??....


Tetiba terus teringat...


Saya : Kak Nani nie....Mak Hanis Zalikha ker???

NR : Ha ahhh....
(Sambil tergelak manja....)


Saya : YA Allah... Betul ker nie???
(terus tergamam, tak tau nak cakap apa.... sampaikan tergagap2 bila jawab soalan Kak Nani)


Nak dekat setengah Jam bersembang dgn Kak Nani. org nyer sgt peramah & sgt baik. Sampaikan saya jadi segan bila dia kata nak jumpa saya bila saya Free. Insyaallah Minggu depan kalau tak der aral melintang sy akan jumpa kak Nani...

:) Suke!!!!!!!!!!!!!



Sumpah mcm tak percaya jer dapat call dr Kak Nani... sbb selama nie saya antara beribu2 lemon yg menjadi Silent Reader Blog Kak Nani Rostam & Anak nyer yg Pehmes tahap Raksaksa Hanis Zalikha.







Inilah gerangan nyer pemilik nama Nani Rostam