Rutin saya setiap pagi mesti nak Call mak kat kampung..... dapat dengar suara mak seminit pun jadi lah....
Pagi ahad lepas call mak, tapi tak berangkat pun.... try call petang, pun tak berangkat... selalu nyer kalau mak tak sempat nak jawab call saya mak akan call semula. Mungkin mak sibuk, sebab hari minggu rumah mak mesti ada jer tetamu yang datang.
Pagi isnin, masuk jer opis terus call mak. lega dapat dengar suara mak. Saya tanya, kenapa saya call semalam mak tak angkat... mak kata mak pegi Darul Syifa. saya tanya lagik... saper sakit??? mak kata.. "Mak yang sakit, tak boleh bangun, dari pinggang ke ibujari kaki tak boleh nak gerak langsung" .
Pelik, baru jer jumpa mak cuti Depavali hari te... mak nampak sihat, cuma mak kata kaki mak sakit, mmg dari raya haji hari tue mak mengadu sakit kaki, dah pegi urut tp lepas 2,3 hari sakit tue datang balik.
Sekadar gambar hiasan
Mak kata masa berubat kat darulsyiffa Langkap hari tue, ustaz baru jer pegang kaki mak... mak terus menangis meraung-raung mcm orang gila, mak tendang semua org yang ada kat keliling mak. Ustaz pegang belakang tengkok mak terus mak muntah keluar darah berketul2....
Ustaz kata mak kena santau.....
persoalan nya.... siapa yang tergamak santau mak???
Sebab apa??? dan .....
kenapa Mak saya???
Mood : sedih.... rasa nak balik kampung tengok mak....