Akhirya terpublish juga Entry ini...
Setelah beberapa bulan saya "Peram" dalam Draf.
Catatan ini buat kenangan saya ditahun2 mendatang
agar saya selalu ingat...
Hidup ini tak selalunya Indah....
April 2014 - Peginya seorang Sepupu....
Hilangnya seorang sepupu yang di kasihi...
Panggilan yang saya terima pagi itu amat sukar untuk diterima
Hati seluruh ahli keluarga Hj Hanipah terlalu hiba...
"Siti" pergi di saat kami ingin bertemu lagi beberapa hari.
Wajah ceria "Siti" sentiasa bermain di fikiran...
Sikap Ramah, suka membantu & sayangkan keluarga buat kami benar2 terasa kehilangan...
Semoga "Siti" ....
Tenang dan damai disana.
Berita kemalangan Arwah Siti yang saya ambil dari Sinar Online.
Mei 2014 - Perginya seorang Bapa Mertua...
Hati ini di uji lagi....
Sebulan selepas kehilangan Sepupu...
Bapa Mertua pula pergi menghadap Ilahi....
Abah...
Walaupun jarang berbicara, tp di bibir nya tak pernah lekang dengan senyuman
hampir 10 tahun menjadi menantu Abah...
tak pernah sekali melihat abah marah....sentiasa tenang....
Beruntungnya abah... "Dijemput" selepas solat Jumaat.. di penghulu segala hari.
Mudahnya perjalanan abah....
Pagi Raya Tahun ini.. penuh dengan Emosi
tak seperti tahun2 yang lepas, abah & mak menanti kami untuk bersalaman
tapi kali nie..
Cuma mak seorang sahaja yang duduk di kerusi
Menghulur salam kemaafan dari anak2, Menantu & cucu...
Mak Mertua & Arwah abah....
Kenangan....
Bawak Arwah abah jalan2 Pulau Pangkor & Teluk Batik.
Ya Allah...
Tempatkanlah bapa mertuaku di kalangan Orang2 yang beriman....
Amin....
Julai 2014 - Perginya seorang Pak Ngah ...
Tak Sangka...
Pertemuan kami bulan Febuari lepas adalah pertemuan terakhir
Pakngah pergi seminggu sebelum Aidilfitri
Teringat setiap kali ke Terengganu...
Layanan pakngah kepada kami sekeluarga sangat baik.
Ada sahaja makanan yang di kirim jika balik dari Terengganu
Kerana Pakngah lah Saudara mara dari Perak dan Terengganu bersatu.
Pakngah.....
Maaf kerana kami sekeluarga tak dapat menziarahi Pakngah waktu itu.
Hanya doa yang dapat kami kirim dari kejauhan.
Semoga Roh Pakngah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...
Amin
1 Oktober 2014 - Di Ragut di hadapan Klinik
Saya di ragut selepas keluar dr Klinik
Tiada perkataan yang dapat diungkapkan waktu itu.
Bayangkan.. gaji sebulan baru lepas dikeluarkan dari Bank
belum sempat lagi nak bayar segala hutang piutang
habis lesap.... lesap mcm asap...
Penat sebulan bekerja mcm sia-sia sahaja.
Kawan.... berhati2 lah.....
tak kira masa.. tak kira dimana
Jangan senasib dengan saya...
6 Oktober 2014 - Kemalagan 6 Buah Kereta
Sehari selepas AidilAdha (5 hari selepas diragut)... Allah Uji lagi....
sewaktu dalam perjalanan pulang dari rumah mertua di Felda keratong ke Kuala Lumpur
Kami terlibat dalam kemalangan dengan 6 buah kenderaan
yg paling tragis.. kereta kami yg paling teruk.
Remuk kereta depan belakang... rumuk lagik hati ini....
Duit mengalirrrrrrrr bagaikan air...
Kos Tol Truck dr Jempol ke Puchong hampir 1k
Tekanan perasaan tika itu hanya kami suami isteri yang tahu...
Banyak lagi cerita duka yang saya tak mampu luahka disini...
segalanya mengajar saya tentang "sesuatu"
Ujian setiap insan itu berbeza....
Aku diuji begini...kamu diuji begitu
Bertabahlah wahai hati.
Semoga tahun 2015 lebih banyak melakar senyuman dibibir
daripada mengalirkan air mata.
Wassalam ......2014
Assalammualaikum .....2015