31 Januari 2012

::Pulau Pangkor - Ombak & Pantai jadi saksi::





Geli lah pulak bila letak tajuk entry jiwang2 karat nie....
Tapi.... klu dah tahu geli apesal nak letak jugak tajuk mcm tue kan....
Biarlah.... hati jer yg tahu kenapa & mengapa...
Pegi jauh2 kenangan tue.. takmo ingat lagik....
Sgt pahit untuk di telan.... mcm tertelan Bakawali


Cerita dah basi, masam & busuk....
Dah nak dekat sebulan perap gambar2 nie
Mood ke"laut"jer bila bukak blog, otak mcm "jem" tak leh nak pikir apa
Tak suka betul bila ada dalam situasi "giler" mcm tue....
saya kuat!! tak boleh jadik lembik mcm bubur McD...
kena kuat mcm pokok kayu bakau
di hempas ombak tsunami pun masih steady teguh berdiri.


Ehhh... sebenarnyer nak citer pasal apa nie???

Pening kepala Acik!! hehehe....
Kejap lagi lah upload gambar kat Pulau Pangkor banyak2....



Note
Terima kasih pada seseorag yg sudi mendengar....





23 Januari 2012

::Fly To.....::


Semalam lebih kurang pukul 6 petang
kami anak beranak selamat sampai kat
negeri yg Fames dengan 5 best friend Forever (BFF)...
mst semua tahu kan negeri apa yg ader 5 "Hang" tue.....


Keadaan lalu lintas dr Putra Perdana ke Melaka agak Lancar,
cuma jem sikit kat area seremban
sbb ader Xciden lori tangki dengan kereta
sepanjang perjalanan, asyik tergelak jer dengan En hubby
melihatkan gelagat 30 buah motosikal berkonvoi
siap pakai baju T Merah "Fly To Mersing"


Sampai2 jer bandar Melaka
kami terus cari Hotel untuk beradu
mula2 masuk hotel Protuges
Luar nampak cantik, masuk dalam sebijik mcm rumah Hantu....
Sumpah Seram giler sampai naik bulu roma
mybe sbb deco hotel tue guna barang2 antik,
penuh dengan ukiran2 kayu bentuk patung & binatang


Kami teruskan misi mencari....
Agak menghampakan sbb byk hotel yg kami singgah "FULL"....
Nie lah padahnyer bila bercuti time public holiday.
Selepas sejam Tawaf kat bandar melaka, akhirnya jumpa jugak
hotel yg kosong, itu pun tinggal 2 bilik jer
Rezeki kami.... dapat bilik mengadap laut... Best Brooo!!!!


Ok nnt sambung lagik citer k!
nak siap2 pie carik tempat sarapan yg best kat Melaka


Note : Ader Sesiapa nak Kirim Belacan??? :)



21 Januari 2012

::Cuti Seminggu tp....::



Makin hari makin malas nak menaip....
apa nak jadi lah Mama Mya nie....
Hari tue tak der mood nak menaip sbb Miss DSLR masuk wad
sbb motor Lens dia Jem...la nie Miss DSLR dah kuar wad...
tak der mood pulak nak transfer gambar masuk PC
sbb PC kat Opis kena Virus....


Ishkkk...
alasan jer tue....
klu dah spesis PEMALAS tue..
memang PEMALAS lah....


company bagi cuti CNY seminggu = 7 Hari.....
Best??? tak best lah.....
sbb apa tak best????
sbb plan nak ke Obersea yg En Hubby rancang last year tak menjadi...
pasport anak beranak dah siap... hampehhh....


Tak per... anggap jer tak der rezeki....
la nie tak tau nak pie mana... En hubby pun tak berapa sihat
mungkin habiskan masa selama seminggu kat depan TV...
layan citer Cina kat Astro....


Ermm....
klu lah Ombak tak ganas kat pantai Timur....
boleh ajak En Hubby pie Pulau redang atau pulau perhentian
suka pantai...suka laut!!! suka sgt2.....




10 Januari 2012

::Dia yang Terbaik Untuk Kamu::


Tahniah buat kamu SAHABAT!
Semoga bahagia melayari rumah tangga yg dibina




Isteri menjadi tanah, Suami langit penaungnya.

Isteri ladang tanaman,Suami pemagarnya.

Isteri kiasan ternakan, Suami gembalanya.
Isteri adalah murid, Suami mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil, Suami tempat bermanjanya.




Seketika isteri menjadi racun, Suamilah penawar bisanya.

Seandainya isteri tulang yang bengkok berhati-hatilah meluruskannya.








Suami menjadi pelindung, Isteri penghuninya.

Suami adalah nahkoda kapal, Isteri pengemudinya.

Suami bagaikan pelakon yang nakal, Isteri adalah penonton kenakalannya.
Saat suami menjadi raja, Isteri nikmati anggur singgahsananya.

Seketika suami menjadi bisa, Isterilah penawar ubatnya.
Seandainya suami bengis lagi lancang berbicara, sabarlah memperingatkannya.





03 Januari 2012

::Selamat Hari Lahir Sayang::


Dia semakin Manis.....
Dia semakin Bijak...
Dia Semakin Lincah...


Dia buat kami Ceria....
Dia buat kami Bahagia...
Dia buat kami pening kepala...


Dia semakin dewasa
Dia petah bebicara
Dia dah punya Cita-Cita


Semoga Dia sihat sejahtera
Semoga Dia rajin berusaha
Semoga Dia maju jaya


Dia....
Mya Elzara Batrisya 


Selamat Hari Lahir Sayang.... 
Mama, Papa & Baby Balqis sayang "kakak"...  
.......MMmmmuuahhhhhhxxxxxxx.... 



PROJEK UNTUK BESDAY GURL



Petang tue Besday Gurl Request nak buat kek....
Mama Besday Gurl Tak Pandai Buat Kek...
Kalau Buat kek mesti jadi Pankek


Datang Idea nak buatkan Apam "Bee" 
untuk Besday Gurl & Kawan2 kat Taska
Maka balik jer kerja Mama Besday Girl 
Gigih mencari barang kat pasaraya....




Inilah wajah Besday Gurl bersama bahan2 untuk membuat Apam "Bee"



Besday Gurl excited nak tolong masukkan bahan2.... 



Adunan yang dah siap di bancuh... 



Besday Gurl tengah susun Acuan dalam Periuk kukus.



Rupa Apam Bee sebelum di kukus



Tarra!!! 
Apam Bee dah siap...hahaha... tak der langsung rupa "Bee"... 



Goodies Bag untuk Kawan2 Besday Gurl Kat Taska
dalam dia ader cokelet, Jajan, Pudding, Mainan & Apam "Bee" air tangan Besday Gurl... 


Tahun nie.... tak der kek pun untuk Besday Gurl.... kesian dia....