30 Mei 2011

::Apam Polka Dot Mama Mya::





Hehehe... mst ada yang gelak guling2 nengok "ghuper" Apam Polka Dot Versi comot saya nie.... Org lain buat semuanyer Cumil2 belaka... Apam saya pulak besar gedabak.. mcm tuan yg membuatnyer... :)

Apa yg penting Rasa Apam Polka Dot sy nie.... Terbaik dr Rice Cooker.... hahaha....punyerlah Daif sampai Periuk Kukus pun tak der kat umah...Teringin punyer pasal.... sy sanggup kukus Apam nie guna Rice Cooker pastue tutup dengan tudung periuk.


Cubaan mengukus kali Pertama GAGAL, sbb tak sampai 2 minit sy duk bukak Tudung periuk nak nengok jadi ker tidak apam tue... last2 nak dekat 20 minit kukus dia tak Naik2... mcm bantat gitue... maner tak nyer dalam masa 20 minit tue nak dekat 10 kali saya duk bukak tutup... bukak tutup tudung periuk tue.. hehehehe


Pastue... Cubaan mengukus Kali ke 2, saya pun tak bukak2 sampai cukup masa.... baru bukak... bila dah bukak tue.. hati terus Munger2 Girang sbb Apam tue naik cantikkkkk!!! suke sgt2.... Cuma yg agak menecewakan sikit... kaler Pink dia tak menarik... sbb saya takut nak letak pewarna Merah byk2.....

Next time bolehlah try lagik... boleh bagi buah tangan, klu ader sedara mara yg buat kenduri... Cewahhh!!!.... "Verangan" jer lebih.



Saya Cilok Resipi Nie dr Blog Kak Hana's Family

Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 2 Cawan tepung gandum
  • 1 Cawan gula halus
  • 1 Cawan susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna


Cara-Cara Membuatnyer....

-Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.

-Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.

-Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).

-Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang. (saya guna bekas Muffin size kecil sbb takder bekas Lompang)

-Picitkan blueberry filling secukupnya. (sy tak bubuh pun.. sbb tak der bahan kat umah)

-Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan. (saya Guna Straw untuk buat Dot Dot tue...)

-Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.



Selamat Mencuba!!!





29 Mei 2011

:Gigih Mencari Idea::



Dulu masa Pregnant kan Mya , sy tak der peluang pun nak ber photo shoot, gambar masa pregnant pun cuma ada beberapa keping jer.... Pregnant kali nie saya ingat nak ambik peluang yg ada untuk buat Photo shoot, manerlah tahu ini pregnant yg terakhir untuk saya....

Oleh kerana Nak jimat (Hahaha... kedekut tul sy nie) .... saya akan buat Photo shoot guna DSLR saya sendiri.... & En Hubby @ Adik saya Apit akan jadik Jurugambar "Professional" saya...kekekeke....

Bagi memudahkan kerja diorang nnt... sy pun Gigih lah meng "google" idea2 photo shoot untuk maternity Women.... (Poyo nyer lah mak buyung nie kan..... )



Suke gambar HitamPutih mcm nie... nampak Klasik gitueee.....
(Maner nak cari payung Jepun nie ekk??)



Bestnyer klu dapat ambik gambar background matahari terbenam mcm nie....



Gambar Guling2 kat Rumput dengan En Hubby.... ekekek


Gambar Dalam semak samun pun syokk jugak!! hahaha



Gambar Kami ber 3....



Comel nyer kalau ambik gambar letak kasut atas perut.....



Takpun ikat perut dengan Riben mcm nie



Errrmmm....
agak2 kat manerr yer sesuai nak buat photo shoot nie....
Nnt lah bincang ngan En Hubby Dulu.... kot lah dia ader Idea yg bernas....
(itu pun kalau dia nak layan Idea Giler bini dia nie......)


:)



28 Mei 2011

::Hadiah Hari Ibu::



Eeee teruk kan saya nie... org lain semua semangat citer pasal celebrate hari ibu awal bulan hari tue... sy nie dah hujung bulan Mei baru terhegeh2 nak cari hadiah untuk Hari ibu.

Sebelum nie, setiap kali Hari Ibu saya tak penah lupa nak bagi sesuatu kat Mak, tapi oleh kerana tahun nie kami dah duduk berjauhan, sy cuma dapat Call & wish "Selamat Hari Ibu" jer kat mak....


Kebetulan Rumah yang abah buat kat kampung dah nak siap. Mak ader bagitau saya nak buat kabinet dapur, pastue mak kata nak Cari dapur baru. Terus datang idea nak hadiahkan Dapur untuk Mak. Sekarang sy tengah duk survey nak belikan dapur jenis yg mana....



sama ada nak belikan Hob yang jenis

2burner


atau....



3 burner


Kata orang yg jenis 3 Burner nie api nyer slow sikit.
Nengoklah petang nie sy g survey2 dulu kat kedai.... Sy tak berapa pandai sgt bab2 dapur gas nie. sbb umah sy guna dapur eletrik... ekekeke....




::Tentang Dia....:::


Al-hamdullillah... hari nie genap 6 bulan usia kandungan saya.... Walaupun kandungan nie bermasalah... tp sy tak pernah rasa dia membebankan saya... saya dapat lalui hari2 saya dengan ceria... Terasa lain sikit pregnant kali nie... tak mcm Pregnantkan Mya dulu...


Sekarang baby sgttttt aktif.... setiap masa terasa dia bergerak2 & berguling2 dalam perut nie.... walaupun kadang2 tue terasa sakit tapi, rasa seronok sgt sbb saya tahu baby sihat & Cergas. Darah dah start keluar setiap hari tp, tak byk... cuma sikit jer... Dokter kata sepatutnyer saya dah kena tahan wad....tp sy masih boleh buat pilihan sama ada nak duduk kat rumah atau datang Hospital bila darah kuar lebih byk dr biasa.


Saya Pilih duduk kat rumah.... saya nak En Hubby & Mya sentiasa di samping saya... tak sanggup rasanyer tidur malam tanpa mereka.... Kalau boleh sy tak nak susahkan En Hubby... nnt klu sy duduk hospital, mst setiap hari En hubby terkejar2 nak siapkan Mya pg sekolah, nak ambik Mya balik Taska, Nak gosok baju sekolah Mya, nak siapkan Beg sekolah Mya, nak siapkan sarapan Mya, nak Mandikan Mya, Nak layan kerenah Mya.


Itu baru cerita nak uruskan pasal Mya... belum lagik cerita nak uruskan rumah, nak jenguk saya kat Hospital, Kerja En Hubby lagik.....Bukan saya tak yakin En Hubby boleh buat semua tue... cuma... saya rasa kesian kat En Hubby jer... sy harap sy & baby dapat bertahan sampai waktu bersalin nnt.






27 Mei 2011

::CinTa SuAmi IsTeri ::






1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.


2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.


3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.


4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.


5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.


6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.


7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.


8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.


9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.


10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.


11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.


12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.


13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.


14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.


15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.


16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.


17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.


18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.


19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.



credit to FB My Baby Store




22 Mei 2011

::Sebelum & Selepas Kejadian::




Sebelum Kejadian



Sewaktu Kejadian



Selepas Kejadian



Hehehe... inilah wajah terbaru Mya.....

Alkisah nyer pagi semalam.... Cik Mya nie bangun awal.... entah apa yg dia buat kat ruang tamu tue pun saya tak sedar... sbb sy ada dalam bilik. pastue... kuar jer bilik.. nampak ader rambut kat lantai.... bukan sikit... tapi BANYAKKKKKK!!!

Dah agak.. mst Mya gunting rambut dia sendiri... bila tanyer...


Mama Mya : Kakak guting rambut kakak yer???

Mya : Sorry Mama....

Mama Mya : kakak Tak suka rambut panjang ker???

Mya : Kakak nak rambut mcm Ain.....


Mmg semenjak 2 menjak nie Mya selalu cerita pasal rambut kawan dia yg nama "ain" tue... jadi... pagi semalam.... lepas sarapan kat kedai Mamak.... Kami bawak Mya pegi saloon rambut. Berat jugak Hati saya nie nak potong rambut Mya... sbb dari lahir sampai sekarang, rambut belakang Mya tue mmg saya tak pernah potong... cuma selalu trim rambut depan jer.


Dr zaman anak dara lagik Sy mmg suka nengok budak2 rambut Panjang. Selalu niat dalam hati, bila dah ader anak nnt, saya nak anak saya pun rambut panjang mcm diorg, kalau boleh nak rambut anak saya perang2 pastue Curl kat bawah.... Alhamdullillah.... Angan2 saya tue mmg dimakbulkan.... cuma... rasa tak puas jer nengok Mya berambut panjang.


Mulai Esok Pagi....dah tak ada lagi Aktiviti mengeringkan rambut Mya & mengikat Tocang kat rambut Mya sebelum pegi sekolah.... Sbb sekarang rambut Mya dah pendek, tak perlu nak Ikat2 lagik.




05 Mei 2011

::Cuba Teka!!!::







Salam Buat Semua....
Alhamdullillah.... hari nie dah masuk 21 minggu usia kandungan saya... rasa mcm sekejap jer dah 5 bulan... pejam celik....pejam... celik.... Esok dah ader ada dalam labor room... (huhuhu...Lap Peluh...tetiba rasa ketaq lutut pulak, terasa mcm nak bersalin 1st baby....)


Malam nie, ader Appointment dgn Dokter Natasya, kalau boleh malam nie saya nak dengar berita yg baik2 jer dr mulut Dokter Natasya. Harap ader keajaiban berlaku... manerlah tahu dokter natasya bgtau "Uri dah beralih ke atas...Insyaallah u ader harapan bersalin Normal".... Fuhhh syurgaaaaa klu dapat dengar berita tue....


Ohh.. klu tak salah saya..... malam nie, dah boleh tahu jantina baby... itupun kalau baby tak "malu2" nak tunjuk kat Dokter... :) Ermm... agak2 baby apa lah kali nie... kalau ikutkan hati... nak sgt Baby Boy! mst hensem mcm Papa, Atok & Pakcik2 dia.... tp klu Gurl pun Syukur Alhamdullillah... yg penting baby Sihat sempurna....



Rasa Tak sabarr pulak nak jumpa Dokter Natasya malam nie... :)