30 September 2010

::Berita Terkini::

Syukur Alhamdullillah....
Mya Tercalon sebagai Finalis Top 10 little princess & prince of posing nie pun dah kira pencapaian terbaik Mya.... coz Mya salah sorang yg tercalon dr 53 peserta yg bertanding dlm contets nie...

Timer kasih byk2 pada juri2 yg memilih Mya.... tak lupa jugak pada Penganjur Contest iaitu Ibu Damia Aleesya & Ayyunie .






::Fuhh Berdebar2 pulokkk!!!::





Berdebar2 menanti Result... hehehe mcm tunggu result SPM pulak... Insyaallah klu ada rezeki.. ada lah...semua princess & Prince yg masuk hebat2 belaka.... tp mmg best lah dapat joint contest mcm nie... ingat nak try contest lain pulak... saja2 nak memeriahkan majlis.... hehehe

28 September 2010

::Kalau Jadi....::

Ujung tahun nie atau awal tahun depan saya ngan En Hubby Sepakat nak bawak Mya ke sini...




Klu nak ke Universal Studio kat L.A tak mampu... dapat bawak Mya ke USS nie pun jadilah.... walaupun kecik berganda2 dr US L.A tp cukuplah klu Mya dapat merasai keseronokkannyer... (mama ngan papa pun tumpang seronok gak nnt..kikiki)

Mula2 plan nak ke Phuket... sy mmg semangat sgt bila bab2 laut & Pulau2 nie.... tp bila survey kat blog2 yg citer pasal percutian diorang ke phuket... amatlah tak sesuai untuk bawak Mya ke sana... klu nak ber Honeymoon ber 2 ok lah.. tp klu bwk budak2 kecik tak berapa "sesuaiiii"...

Makanyer .. klu tak der aral melintang.... sampailah hajat kami nak bawak Mya kat USS nie nnt... Harga Tiket dah survey, boleh tahan jugak... mungkin naik bas jer masuk Singapore, boleh Park kereta kat Umah Makcik Intan sy kat Skudai...



26 September 2010

:: Meniti Usia ::




Hari nie.. 26 September 2010 genap usia sy yg ke 27 tahun... Al-hamdullillah Allah masih beri kesempatan kepada sy bernafas untuk menikmati kebahagiaan bersama org2 yg sy cintai.... walaupun dalam Kehidupan yg serba sederhana ini, saya rasakan ia nyer cukup sempurna untuk sy lalui.

Doa saya semoga Allah berikan sy kesihatan yg baik , permudahkan segala urusan sy, Murahkan Rezeki sy & Tabahkan hati sy untuk terus mengharungi hari2 yg mendatang. Amin...



24 September 2010

::Cerita Ceritu Hari Raya ::

Alahaiii Puan D nie... org lain dah sibuk citer pasal Open House aper bagai... yg puan D baru tergedek gedek nak citer pasal hari raya yg dah 3 minggu berlalu... Nak buat lagu mana kan... Bz mengadap FB jer hari2.. huhuhu.... mmg spesis *CURANG* dah ada yg baru (FB) yg lama (Blog) dilupakan...

Ok nie gambar2 kenangan raya sy tahun nie... Sederhana sajer... :)

MALAM RAYA


Wahhh tengokkk!!! Meriahhh sungguh malam raya kami kan???..dah mcm malam tahun baru... seronok sgttt!!! sbb dapat sponser 1 kotak (BESAR) Mercun dr IPD Bukit Aman.. kikiki... TQ Cik Ila... Mereka2 (Encik2 suami, adik2 & Anak jiiran sebelah umah) yg KEPUASAN bermain mercun sampai tak larat nak habiskan mercun tue... pas main mercun... En Hubby & Adik nyer Der di "KERAH" membakar satey sambil di awasi oleh Pak Mertua sy.... Cubaan Membakar Satey yg pertama "GAGAL".. jadi Hitam...sbb terlebih arang.... kali ke-2 baru LULUS... Syabassss!!! ... hehehe

PAGI RAYA


Tak BERMAKNA kalau pagi raya tak "bemaaf maafan" sesama ahli keluarga.. betul tak??? seronok tau... mula2 gelak2 pastue air mata dah mula berlinang2 .... Oleh kerana tahun nie beraya kat rumah mertua jadi sy control sikit air mata... klu beraya ngan mak abah sy.. KOMPEM kena standby tisu 4 kotak...paham2 jer lah.. sy nie mmg jenis "CIWEKK" .... (sila rujuk kamus bahasa Jawa) hehehe

Tahun nie tak der gambar sekeluarga.. sbb tak cukup Korum... Ngah ngan Iza beraya kat pelangai dulu ... En Azan pulak kena kerja(Kesian dia..) .... Adik Eika g beraya kat umah kawan2 dia... jadi tak BEST lah bila tak dapat bergambar sekeluarga....



Aktiviti pagi raya yg seterusnyer ada lah menyerbu rumah jiran tetangga yg berdekatan... Fuhhh sendat seluar Kecik dibuatnyer.... klu boleh apa yg ada atas meja tue semua sy nak makan.... Rumah pertama yg kami serang adalah umah Cik Nor... misi utama ke rumah Cik Nor adalah untuk "menkentedarah" BAkso POWER cik Nor... betul2 POWER!!! lepas tue serbu rumah Cik Ani pulak pekena nasik minyak (ehh lupa lah nasik minyak ker nasik tomato...)... konon2 pas sembahyang jumaat nak g beraya kat Temerloh umah Tok En Hubby.. sekali kena cancel sbb semua kekenyangan... maka alkisahnyer kami semua duk depan TV sambil tutup mata... ZZZzzzzzzz....KrooKkkkk...

RAYA KE-2


Masuk raya ke 2 tetiba jer badan rasa tak sihat... kepala pening2.... hidung penuh dgn Molekul2 yg tak di undang... benci keadaan mcm tue... sbb nak makan pun rasa tak berselera.. (iyer ker tak berselera???mcm tipu jer....hehehe) . lepas Der & Zila bertolak balik ke Kelantan.... kami pulak bersiap untuk beraya ke Temerloh....Misi Pertama adalah ke rumah Kak Nora untuk menatap wajah comel Baby Ayra..... jgn tak tahu.. ader Episod JEJAK KASIH masa kat rumah kak nora... Cuba tengok gambar kat atas nie... Mya yg dah 2 bulan tak jumpa ngan sepupu paling "KETAT" Syira & Farrah... siap berpeluk2 sakan...


RAYA KE 7


Raya ke 7.. baru berkesempatan ambik gambar ber 3 (Hubby , sy & Mya)... terasa tahun nie mcm tak sempurna pulak sbb tak der gambar kenangan raya ngan mak & abah...Jemputan Open House pun tak byk... naper ekk?




18 September 2010

::Semuanyer Dah Berakhir::



Ya Allah.... terasa amat berat dugaan yg Allah berikan pada sy kali nie... walau bagaimanapun... semuanya telah berakhir... hati rasa sedih & terkilan..tp... apa yg berlaku ada hikmah disebaliknya.

13 September. 2010

Pagi2 lagi sy dah bersiap nak ke Poliklinik Harmoni... berjumpa dgn dokter Natasya yg memang sudah serasi dgn sy semenjak mengandungkan Mya.

Selepas melakukan ujian Air kencing Dokter sahkan sy "Pregnant" 7 minggu... Ya Allah.. syukur Alhamdullillah....sy mmg sudah bersedia untuk menerima kehadiran orang baru dalam keluarga sy.

Tp sayang... kegembiraan sy cuma beberapa minit sahaja... selepas scan dilakukan dokter memberitahu bahawa sy mengandung di luar Rahim....sy cuba bertenang kerana masih ada masa 2 minggu untuk mendapatkan keputusan yg tepat.

Balik dr Klinik... hati & fikiran sy melayang2 entah kemana... saat ini.. hanya doa & berserah yg mampu sy lakukan....



Malam 16 september 2010

Tiba2 bahagian bawah perut sy terasa sakit yg teramat sgt.... mcm dicucuk-cucuk dengan benda tajam... kaki rasa kejang... kepala mcm nak pitam... sy baring atas katil.... cuba lelapkan mata tapi tak berjaya....

B ajak sy ke hospital... tp sy kata sy tak ada apa2....



Pagi 17 september 2010

Hujan lebat membasahi bumi.... badan sy betul2 lemah.... kepala berat yg teramat sgt, sakit diperut masih ada.... cuma tak sesakit semalam.... sy ambik keputusan nak ke Klinik semula.

Lepas ke Klinik... sy ceritakan pada Dokter apa yg terjadi ... dokter Keluarkan Surat & minta sy ke hospital segera.

Sebelum ke Hospital.. sy sempat jumpa Mak... sesungguhnya.... Mak tempat sy mengadu... Mak byk bg nasihat pada sy... Mak buat hati sy rasa tenang saat tue....

Sampai di Hospital Serdang, sy tunjukkan Surat dr Dokter Natasya, Sy terus dibawa Ke Bilik Separa Kecemasan. selepas dokter disana meneliti surat yg dokter Natasya Berikan sy dibawa ke sebuah bilik untuk di scan & diambil sample Air Kencing.

Dokter beri penerangan pada sy... satu persatu agar saya faham keadaan sy sekarang.
Sy disahkan mengandung Luar Rahim. seperti yg sy sedia maklum.. ianya mengancam nyawa sy jika sy teruskan. Dokter terpaksa bagi ubat untuk mengggurkan kandungan sy secara semulajadi . Dokter nasihatkan sy supaya redha dengan apa yg berlaku.

Sy bernasib baik kerana tidak terlewat.... kata dokter klu sy biarkan lagi beberapa minggu... dokter terpaksa melakukan pembedahan untuk membuang salah satu Tiub Fallopio pada peranakkan saya. Risiko lebih tinggi jika tiub tersebut pecah akan Mengakibatkan pendarahan yg teruk & boleh mengakibatkan kematian.

Ya Allah.... sesungguhnya Kau sahaja yang maha mengetahui apa yg tersurat & tersirat disebalik segala kejadian.



Nota Hati:
.....Entah kenapa.....Sehingga saat ini... naluri saya kuat mengatakan.... Baby yg terpaksa digugurkan itu adalah baby Boy.... "Sayang... Maafkan Mama..... "







15 September 2010

::Hamil Luar Rahim Ancam Nyawa::


Kandungan luar rahim atau istilah perubatannya kehamilan ektopik merupakan satu proses patologi yang amat jarang berlaku. Ia terjadi apabila fetus membesar di luar kawasan rahim atau uterus.

Kandungan seumpama ini merupakan ancaman kepada nyawa si ibu kerana ia berisiko menyebabkan pendarahan yang banyak serta koyakan tisu.

Kes seperti ini berlaku apabila telur yang subur dan telah bersenyawa tidak tertanam di dalam rahim. Sebaliknya dalam kebanyakan kes kandungan di luar rahim, telur tersebut tertanam di dalam tiub fallopio atau ovari. Kadangkala terdapat juga keadaan di mana telur tersebut melekat dalam ruang abdomen.

Kehamilan jenis ini merupakan keadaan perbidanan yang serius dan memerlukan rawatan perubatan segera.

Jika telur yang akan berkembang menjadi embrio tertanam di luar kawasan uterus, maka secara logiknya ia tidak mempunyai ruang yang mencukupi untuk membesar.

Bukan itu sahaja, embrio tersebut juga tidak mendapat khasiat yang mencukupi untuk tumbesaran serta pembangunannya.

Tiub fallopio terlalu sempit untuk fetus yang membesar dengan pesat, jadi besar kemungkinan boleh terjadi kerosakan serta koyakan pada tisu di kawasan tersebut.

Bila itu terjadi maka pendarahan akan berlaku dan mengancam nyawa wanita tersebut.

Penyebab kandungan luar rahim

Wanita yang pernah mengambil rawatan kesuburan dan stimulasi proses ovulasi mempunyai risiko lebih tinggi untuk terjadinya kandungan luar rahim.

Sejarah pernah menghidapi penyakit radang pelvis juga meningkatkan risiko kandungan luar rahim kerana kesan penyakit tersebut menyempitkan saluran fallopio.

Keadaan itu menyebabkan telur yang subur terhalang untuk menerusi saluran fallopio dan terus ke uterus. Apa saja pembedahan yang pernah berlaku di kawasan fallopio meningkatkan risiko kandungan luar rahim.

Endometriosis juga adalah salah satu punca risiko kandungan luar rahim.

Simptom kandungan luar rahim

Sebenarnya susah untuk tentukan kandungan berada di luar rahim terutama ketika usia kandunganmasih awal.

Rasa sakit yang dialami oleh wanita seperti dicucuk pada bahagian abdomen atau pelvis, merupakan tanda pertama kandungan luar rahim. Simptom lain ialah tekanan luar rahim, rasa loya, mual atau pitam.

Pendarahan pada vagina juga merupakan simptom biasa kandungan luar rahim. Jika anda mengalami satu atau lebih simptom seperti yang dinyatakan, anda patut segera menghubungi doktor kerana kemungkinan boleh berlaku pendarahan dalaman.

Koyakan pada tiub fallopio biasanya diikuti dengan simptom pendarahan, kesakitan yang ketara dan parut pada formasi tisu.

Keadaan ini boleh menjejaskan kesihatan reproduktif wanita dan mendatangkan komplikasi jika ingin hamil pada masa hadapan.

Diagnosis kandungan luar rahim

Kandungan luar rahim biasanya didiagnosis pada minggu kelapan hingga 10 kandungan. Pada hari pertama kejadian uri akan terhasil hormon yang menyekat ovari dari menghasilkan telur seterusnya, sekali gus menghalang proses untuk mengandung kali kedua.

Biasanya kandungan luar rahim akan dapat dikesan menerusi sejenis hormon yang dipanggil krionik dan progesteron yang terkandung dalam darah.

Jika berlaku kandungan di luar rahim biasanya hormon krionik dalam darah akan menurun.

Ujian ultrasonografi di bahagian pelvis akan memberitahu kedudukan sebenar fetus dan tentukan sama ada kandungan berlaku di luar rahim.

Ujian laparoskopi juga membantu untuk menentukan lokasi kandungan sebenar. Jika kandungan ektopik tidak berakhir dengan keguguran, doktor akan memberikan ubat untuk mengeluarkan uri.

Ubat tersebut hanya akan diberikan pada kandungan luar rahim yang telah dikesan di peringkat awal.

Manakala pembedahan pula akan dilakukan sekiranya kandungan sudah agak lama




14 September 2010

::9.9.10::

9 september lebih kurang jam 3 pagi sewaktu melalui highway LEKAS dalam perjalanan pulang berhari raya di kampung, kami telah meraikan Ulang tahun perkahwinan kami yg ke 4 dalam suasana yg sederhana Romantik... hehehe....

B.... Maaf yer sbb tak ada apa2 yg special dr sy sempena Anniversary kita kali nie... nak bagi hadiah pun tak tau nak bagi apa... cuma ucapan jer yg mampu sy berikan....

Al-hamdulillah Usia perkahwinan kita telah menjangkau 4 tahun...kata orang usia itu masih terlalu muda.... tp kita seharusnya berbangga kerana bukan mudah untuk sampai ketahap ini, walaupun kadang kala kita diuji dgn bermacam2 cubaan & Dugaan kita masih tetap bersama.

B....sy tak mengharapkan apa2 hadiah istimewa.... cuma satu yg sy pinta.... jgn berhenti mencintai diri saya seadanya....

janji sy.... sy akan terus berusaha memperbaiki kelemahan diri untuk menjadi isteri & ibu yg terbaik. B, Bimbing & pimpin lah tangan saya untuk ke arah itu....


Semoga Saya menjadi Wanita Terakhir yg B Cintai....


::Dah Nampak Anak Bulan....::



Selamat Hari Raya semua... maaf.. dah masuk hari ke 6 baru terhegeh2 nak Ucap selamat hari raya...2,3 hari sebelum raya hari tue badan sy tak berapa sihat....sibuk dgn memgemas rumah, & packing barang2 untuk balik kg....

Sebelum terlanjur bicara, sy nak ambik kesempatan yg ada nie untuk mengucapkan selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin buat semua kawan2 yg ada di alam Ghaib nie...(jgn biarkan diri anda diselubungi...missskol.......) andai kata ada post2 yg tak berkenan dihati diharap jgn disimpan di dalam peti....(peti besi @ peti ais)....

Kepada Mak & Abah.... huhuhu tahun nie giliran anaknda mu ini beraya di rumah mertua di Pahang... maka anaknda mu ini tak dapat bersama2 meriuhkan suasana malam raya mak & abah... maka tak akan kedengaran lah suara tangisan, Air mata & Hingusan anaknda memohon ampun & Maaf di pagi Syawal.... (klu tak mata sy lah yg paling lebam menangis mintak ampun...org byk dosa mmg mcm tue... kikikiki....)


Kepada abang2, adik2, & ipar duai ... maafkan lah sy Andai ada gurau2 yg terover.... kata2 yg buat hati kalian terguris, termakan terminum @ sewaktu dengan nyer harap di halalkan dunia & Akhirat...


Buat suami Tercinta, Tersayang, Terindu....dan sebagainya... Ampunkan segala dosa2 kering & basah isteri mu ini, Halalkan makan minum yg terlebih2, sesungguhnya sy akui sy bukan lah isteri yg terbaik & sempurna....


Akhir Kata.... " Terbakar rumah nampak asap... Terbakar Hati tak siapa yg tahu..."


04 September 2010

::Bau Bunga dr K.U.B.U.R::



Sy tak tahu sama ada ini hanya perasaan, kebetulan @ Cobaan...
2,3 hari lepas, sy dah dapat hidu bau nie... cuma sy malas nak fikir2 sgt. tp semalam... masa kami ramai2 berkumpul kat rumah mak kebetulan pulak masa tue cik Intan sekeluarga dr Johor,opah & maksu sekeluarga dr bukit subang datang berbuka puasa kat rumah mak....



Tengah2 duk makan rendang ayam kampung yg mak masak, tetiba melintas satu bau yg Wangi... mcm bau bunga yg selalu di tanam di tanah perkuburan....tp bau tue tak lama sekejap jer dia akan hilang... bila sy cuba cari bau tue datang dr mana.... tak dapat dikesan......cuma sesekali jer akan terhidu balik.....dalam setengah jam mcm tue dia berulang lagi..... Puas sy cium baju mungkin bau tue datang dr baju sy... jawapannya.... TIDAK sy cuba nak bagi tau mak apa yg saya rasa semalam... tapi.... mulut nie berat sgt....ermmmmm.....



Adakan... bau itu datang dr "seseorang" yg melihat kami dr jauh????? mungkin juga.... sbb sy penah dengar.... Ustaz kata... selama sebulan dibulan puasa Roh2 akan kembali kepada keluarga... mereka akan menjenguk kita, melihat apa yg sedang kita lakukan.... datang melawat isteri, anak & cucu mereka... sehinggalah pagi raya.... mereka terpaksa pulang semula ke tempat Asal.....

Siapakan "Seseorang" itu????
Adakah dia ....Atok yg sy rindu semenjak 2 menjak ini???
klu lah betul.... Gembira sungguh hati saya... sbb Atok datang menjenguk kami semua...

Atok...
kami rindu pada Atok..... Rindu yg teramat sgt........





.....tida2 air mata sy mengalir deras......


02 September 2010

::Little Princess / Prince Posing Contest::

Untuk ke2 kalinyer... sy mencuba untuk menyertai Contest...
Tidak menaruh harapan yg tinggi untuk contest ini sbb peserta yg masuk hebat2 belaka..

Nak tahu Contest apa???


Ha nie dia....






















See... comelkan Damia Aleesya nie berposing.... sungguh photogenic....

Ok sebelum kita nengok gambar Mya... apa kata kita tengok para penaja yg menaja Contest ini...









Ok Jom Tengok Mya berposing... agak2 mcm maner pulak rupa dia....




Tadddaaa.....














Jgn Main2 siap tonggek2 montot lagik... ishkk..ishkk...




Serba Sedikit Butir2 Peribadi Princess Mya


Nama ..... Mya Elzara Batrisya Bt Azlan
Berusia...... 2 Tahun 9 Bulan


Kisah Disebalik Gambar Ini.....

Satu petang kami jalan2 kat IOI Mall... Tiba2 ternampak kat satu sudut dikawasan ruang legar IOI mall "PROMOSI KIDS PHOTO SHOOT".... dalam hati mmg dah lama teringin nak ambik gambar Mya kat studio... Bila tanyer Hubby, dia pun setuju.... jadi kami pun terus pilih Costume, nasib ada baju yg muat untuk Mya masa tue.

Mula2 Mya malu2 jugak bila kita suruh dia tengok camera & senyum... tapi mybe sbb photographer tue pandai mainkan peranan... jadi Mood Mya terus jadi Happy... sampai taknak salin baju yg dia pakai..... Impian nak ambik gambar Mya dah terlaksana... sekarang teringin nak buat photo shoot kami ber3 pulak... entah bila lah yer....




::B.. saya....::



Teringin sgtttt nak makan Din Sum... dah 8 bulan sy ajak B makan Din sum.... kesian kat sy..... huhuhu


Harap2 B bacer post sy nie... :)

01 September 2010

::oH sEPTEMBEr::




Sukenyer!!!! hari nie dah masuk bulan September...
Bulan yg sy nanti2kan...
Meriahnyer SEPTEMBER tahun nie...
dapat sambut Raya....
Dapat sambut Hari 1 Malaysia
Dapat sambut Anniversary
Dapat sambut Birthday saya!!!!



Tgh fikir nak buat apa untuk Anniversary ke empat kami nnt
yg Bestnyer!.. tahun nie kami sambut Aniberseri Malam Raya....
Makanyer "HONEYMOON" kat kg En Hubby lah.. hehehe


Kan Best klu Aniberseri tahun nie sy dapat hadiah nie....




& paling menggembirakan bila ianyer....






Mya nak adik tak????