Itulah namanyer... "PLAN"
kadang2 menjadi.. kadang2 tak menjadi....
Plan yang mula2 "tak menjadi" tetiba jer boleh "menjadi" (paham ker??...)
Tengah bulan hari tue...
Family En hubby buat rombongan "cuti2 Malaysia"....
Mulanyer Plan dah cantik dah... nak bercuti 3 hari 2 malam
tapi terpaksa dipendekkan kepada 2 hari 1 malam sahaja...
Semuanyer Last minit....
Esok nak bertolak.... petang nie baru nak cari Homestay
Rasa nak pitam time tue... dah lah tengah byk shipment masuk kat opis...
En Hubby pulak duk Call banyak kali suh cari Homestay kat peneng
nak dekat 20 buah homestay saya Call semuanyer PENUH
sampai dah Giveup nak call lagik....
last2 entah macam mana ada sorang hamba Allah nie
return Call saya balik. Dia bagitau homestay dia kosong,
Fuhh lega time tue... tapi yang jadik masalah nyer...
takut adik beradik En Hubby pulak tak selesa sbb Homestay tue cuma Apartment 3 bilik.
yang nak pegi nie 5 keluarga (bukan 5 orang yer... nak dekat 25 orang ....)
cuba Bayang kan....
Bincang punya bincang.... saya terus Transfer Deposit kat Owner homestay tue...
Ok Settle 1 Bab....
Inilah rupa homestay yang kami duduk tue... RF homestay, owner nyer sgt peramah & baik hati.. kalau homestay lain mesti dah kenakan extra Charge sbb terlebih "muatan"... hehehe
Kemas, bersih dan teratur....
Walaupun nampak kecik... tapi homestay nie mampu menampung Kapasiti keluarga kami yang "Besarrrrr".. Kesian nengok "Kaum Adam" tido bergelimpangan kat ruang tamu nie, siap alihkan sofa hitam tue kat Balkoni lagik , nak bagi lapang... Rugi pulak tak ambik gambar dorang tengah tido masa tue... boleh simpan buat kenangan dah tua-tua nnt. :)
View dari tingkat 11, Balkoni homestay kami.... menarik kan...
Tapi.... sayang Homestay nie bukan letaknyer di pulau... perjalanan nak ke Pulau tak berapa jauh sgt ambik masa 15 minit jer... tapi oleh sebab kami pegi time peak season ambik masa sejam lebih jugak nak sampai ke pulau, sbb sana sini jalan jem.... Banyak aktiviti "terencat" dek kerana Jalan Jem + Hujan.
Credit Pic... RF Homestay




