Dapat berita gembira di pagi Jumaat lepas.
Batrisya & Balqiss antara yg bertuah dapat jemputan bertemu Mia Sara, Duta Rasmi Dutch Lady.
Tak sangka pulak menang.. sbb ramai giler yg join contest tue.
Masa bagitahu dekat Kakak Batrisya yang dia dapat jumpa Mia Sara hari ahad nanti, Punya lah dia eksited, sibuk punggah almari baju kononnyer nak cari baju yang 'palingggggg cantik" nak pakai masa jumpa Mya Sara nanti. Alahai Kakak....pakai baju biasa2 sudah... nnt org tak kenal pulak yg mana satu Mia Sara, yang mana satu Mya Elzara...
Ahad 30/6/2013
Sampai Federal Hotel Kuala Lumpur dah agak lewat, ikutkan jadual yang Dutch Lady bagi , majlis start pukul 1.30, tapi kami smp dah nak dekat pukul 2, paham2 jerlah jalan kat KL, kalau tak Jem 24 jam 7 hari seminggu.... bukan KL namanyer... sampai2 terus register, pastue dapat name tag, diorang suruh kami makan dulu.
Lepas makan pukul 2.30 kami masuk Ballroom2, First time datang event mcm nie... seronok jugak rasanyer... :) Tapi yang paling seronok time tue ialah kakak Batrisya, sbb dia dapat jumpa dengan Mia sara secara live, siap menari, main pemainan, dapat hadiah, ambik gambar dgn Mia sara, selama nie dia cuma tengok kat TV jer.
Mia sara nie mmg dianugerahkan dengan bakat yg sangat besar, petah bercakap, comel, bijak,sgt menghormati orang tua. Semoga dia terus berjaya & kekal dengan sifat2 yang baik smp besar nanti.
Mia Sara salam dgn En Hubby...
Berkenan betul ngan baju yg Mia sara pakai tue...
Balqiss yg berwajah serious!!!
Kakak.. tetiba jer jadi Malu2 kucing bila jumpa Mia Sara
7 ulasan:
Tahniah. Bestnya dpt jumpa mia sara ☺☺
Fiza Rahman
Terima Kasih Fiza Rahman...
hehehe bukan kata anak2 yg suka kat Mia sara nie.. saya pun terjebak sekali... :)
Wahhh!!!bestnya jumpa mia sara.. dia mmg comel, bijak, dan pandai kan kak.. suka tgk dia.. hehe. :-)
Wahhh!!!bestnya jumpa mia sara.. dia mmg comel, bijak, dan pandai kan kak.. suka tgk dia.. hehe. :-)
assalam
tahniah, mesti suka kakak kan dpt jumpa artis glamour yg cute he hee
penah tgk dia tp anak2 akak malu2 kucing memang pandang dr jauh je la
wah..bestnya dapat jumpa mia sara..auntie yg dh besar ni lagi excited kot dari kakak..hihihi..
Catat Ulasan