Antara petikan kata-kata yg amat menyedarkan diri saya ialah :-
"Alhamdulillah, Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad.Kami telah dipilih untuk menjadi barisan hadapan kepada umat Islam.Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, & anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa.Kami juga telah dipilih oleh Allah SWT untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka.Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan kami berbanding kehidupan dunia."
Bayangkan, mereka dah lama jadi wakil bagi kita. Dah lama sengsara, dah lama berjihad bagi pihak kita! Tapi kita langsung tak ambil tahu tentang mereka. HAMAS juga telah berjanji dengan rakyat Palestin dan juga kepada umat Islam untuk terus komited dengan perjuangan mereka. HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja.
Kita tak mampu menyumbang beribu2 ringgit...
Kita mungkin tak mampu untuk bersama2 mereka berperang di sana...
Tapi sekurang2nyer kita mungkin mampu lakukan seperti ini untuk membantu saudara kita disana...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan