14 Ogos 2009

::Selamat Hari Lahir Abah::

Pic By Google

Hari nie.. 14.Ogos.2009 genap sudah umur abah 53 tahun... alhamdullillah allah telah berikan abah kesihatan yang baik sehingga ke hari ini... angah tahu... selama 53 tahun abah telah menjalani kehidupan yang penuh onak & duri suka duka abah silih berganti... di usia semuda 9 tahun abah telah belajar hidup berdikari tampa ibu tercinta yg pergi mengadap ilahi... abah merantau ke Kuala Lumpur untuk mengubah nasib diri... melakukan apa saja kerja untuk mendapatkan sesuap nasik.


Bermula dengan bekerja sebagai buruh kasar abah menjadi "Mandor". berkat kesungguhan abah....warna kehidupan semakin cerah secerah mentari pagi....sekitar tahun 70an abah telah membuka sebuah kilang cili sos... lucu bukan??? hanya dari seorang buruh kasar boleh membuka kilang... ya... kilang tu bukan lah sebesar kilang Motorola di sungai Way.. cuma kilang biasa... yg cuma ada beberapa org pekerja... Cili sos buatan abah bukan setakat laris di selangor tapi hingga ke negeri perak,melaka & Johor...Dugaan datang menguji...perniagaan abah jatuh tersungkur... tapi abah tetap tersenyum.. katanya "adat berniaga, yg penting kita usaha"....

Minat abah pada bidang Perniagaan tak pernah pudar... malah tetap membara, apa yg berlaku sebelum ini abah jadikan sebagai pengalaman yg berharga. berniaga Pop corn, menjual kain ela, menjual pingan mangkuk, menjual baju bundle dan akhirnya..... abah menjadi "Kontraktor" walaupun bermula dgn projek memotong rumput... abah berjaya mendapat projek ratusan ribu ringgit. kehidupan kami sekeluarga tidaklah mewah, sekadar "senang2 kuku" kata org. Hujung minggu adalah hari yg sy & adik nantikan... abah akan bawak kami sekeluarga bercuti atau makan di hotel, sebut saja dimana ada makanan sedap.. abah pasti akan bawa kami kesana.

Hidup bagaikan roda... sekejap kita diatas & sekejap kita di bawah... Abah ditipu lagi... dengan rakan kongsi yang amat abah percayai. "Setengah JUTA" duit simpanan dalam akaun syarikat dilarikan begitu sahaja. inilah ujian yg maha Hebat yg abah terima. abah terpaksa korbankan semua tanah & rumah sewa yg ada untuk membayar gaji pekerja, sewa Pejabat, dan bermacam2 lagi... yg membuat hati sy meruntun kesedihan bila melihat abah terpaksa berniaga goreng pisang ditepi jalan. Sekarang abah bahagia dengan kehidupan sebagai peladang... abah berbakti pada tanah, menanam sayur2an untuk dikomersialkan. semoga abah berjaya dalam bidang ini. Amin



Abah....

Walau apa pun yg terjadi... abah tetap "WIRA" kami.... angah sayang abah..... angah doakan abah sihat,gembira & bahagia hingga ke akhir hayat.


Note: Tghari nie nak gie Jusco Equine Park, nak cari hadiah utk abah ermmm. nak bg apa yer tahun nie???




1 ulasan:

kasihibu berkata...

semangat bila baca pengalaman abah D ni,
semoga beliau panjang umur murah rezeki di berkati di rahmati olehNYA YANG ESA...
Amin.