27 Ogos 2009

::Dugaan Buat Kami::


23 Ogos 2009

Saya sekeluarga berbuka di rumah Nenek saya di Bukit Subang, Keadaan Mya waktu tu sgt2 ceria, aktif & sihat waalafiat. kami balik dr subang dalam pukul 9.30 malam.


24 ogos 2009

4.30 pagi.. saya bangun utk siapkan sahur, simple jer.. goreng ayam, masak nasik & ayam masak kicap. Tung tang tung tang kat dapur kul 5.00 siap. kejutkan B sahur, sy masuk bilik tengok mya tgh tidur nyenyak.

5.30 pagi... siap sahur sy masuk bilik duduk rehat kejap. Masa tgh duk kat katil dengar suara Mya merengek ingatkan dia nak susu, masa saya pandang Mya sy tengok badan dia menggeletar. ehh... sejuk ker, takkan lah sejuk, sy pasang kipas tak laju, Mya pakai baju lengan panjang dgn seluar panjang.

Saya cuba kejutkan Mya... panggil nama dia... tapi tak der respon. Badan Mya masih menggeletar macam orang dalam kesejukan yang teramat sangat. Saya panggil B... bila B tengok Mya dalam keadan mcm tue... cepat2 dia suh saya siap nak bawak mya g Klinik.

Masa nak ke klinik, badan Mya masih menggeletar, saya dah tak sedap hati , sy suruh B terus ke hospital jer, tiba2 .... Mya mcm dah tak sedarkan diri... saya panggil2 nama dia, senyap jer dia tak gerak.... waktu tue... air mata saya dah berjurai2... mulut tak henti2 baca ayat kursi & berdoa semoga mya sedar semula.

6.20 Pagi... Sampai kat hosptal kami terus bawak Mya kat Emergency, doktor yg bagi rawatan masa tue terus tahan Mya kat wad ICU, masa ambik darah Mya dah sedar semula, cuma badan dia lemah sgt.


Lepas semuanyer kembali stabil, Mya dibawa ke Wad untuk rawatan susulan. dokter kata Mya kena tahan wad dalam 2, 3 hari nak tengok result ujian darah.


26 Ogos 2009

Alhamdullillah... Mya nampak bertambah sihat, mula aktif semula cuma dia tak der selera nak makan @ minum susu... dokter Pakar bgtahu Mya mengalami kekejangan badan mungkin berpunca daripada suhu badan yang terlalu panas. tapi yg peliknyer masa dia kena kekejangan badan tue dia tak demam pun. suhu badan dia normal. cuma masa dia sampai hospital jer badan dia jadi panas tiba2. Tue yg dokter kata pelik dgn Kes Mya.

Saya mintak Dokter buat ujian pada kepala mya.. sbb 2 minggu lepas mya jatuh tangga, mungkin sbb ada hentakkan pada kepala buat Mya jadi macam tue. Dokter buat beberapa ujian pada Mya, hasilnya.. dokter kata tak ada apa2 , sbb tindak balas yg Mya bg semuanya positif. Tak ada apa yang mencurigakan.


11.00 Pagi... dokter kesan ada masalah pada paru2 Mya, mungkin dijangkiti kuman. Ya Allah, ada lagi ujian untuk kami rupanya.... Dokter bg pilihan sama ada saya nak jaga Mya dirumah atau tingal di hospital. Risiko tinggi kalau saya duduk di hospital sbb kes H1N1 kat hospital tue terlalu tinggi, kanak2 yg ada masalah paru2 paling senang nak dijangkti Virus. Masa kami masuk pun ada kes baby yg kena H1N1, kalau ikutkan Dokter tak bagi sy bawak mya balik tapi... dokter tue kata dia sendiri risaukan keadaan kanak2 yg ada kat hospital tue sekarang. walaupun pesakit H1N1 di tempatkan kat Wad lain... tapi tak mustahilkan kalau sesuatu tue nak berlaku.


6.00 Petang.... kami di benarkan pulang dengan syarat, saya kena bawak Mya ke hospital dengan segera jika ada apa2 jadi pada Mya.



27. Ogos 2009

Sy sambung cuti untuk jaga Mya... saya buat kan bubur nasik tapi mya taknak makan langsung. Bagi susu pun dia taknak. dia cuma nak minum air masak jer. Batuk, Selsema & Muntah makin teruk pulak hari nie.

Nasiblah Mya tak banyak meragam & Senang bg makan ubat, dia baring jer kat depan TV...tp... saya risaukan dia yg taknak makan langsung, bg roti pun dia pegang jer sampai lunyai roti tue.... Sy berharap sgt... mya cepat sembuh.... kembali aktif & ceria seperti selalu.






4 ulasan:

eimma berkata...

risaunya...semoga mya cepat sembuh...aminnnn

Zura Hasan berkata...

semoga cepat sembuh..leh kite togeder-geder mkn roti pisang lg...tp elakkan bw t-cha g tmpt2 terbuka la..wisau la...

~ALL ABOUT US~ berkata...

moga mya cepat sembuh...

amiinnn!!!

Mama Mya Elzara berkata...

salam...
Eimma... jgn risau Mya dah semakin Ok ...

Zura... hehehe roti pisang.. yum..yum...terliur lak air liur nie.. sib baik tgh pose.. kalau tak sekarang jugak diana g serbu kedai mamak tue.

Mama Danish...
Timer kasih mama danish... insyaallah nampak Mya sekarang pun dah semakin sihat. cuma muntah sekali jer malam tadi.


timer kasih semua teman2.... sy rasa terharu sgt....