07 November 2013

::Genap 7 hari "Dia" pergi tinggalkan Rahim ini...::


Salam buat semua teman...
Sekadar ingin bercerita tentang rasa....
rasa kesakitan & rasa kehilangan...
walaupun baru 3 bulan dia hadir dalam Rahim ini....
tapi cukup untuk meratapi kesedihan atas pemergianya

Kronologi kesakitan & Kehilangan


27/10/13 - Ahad (malam)

Rasa seronok menyambut kedatangan Mak mertua dah pak mertua yg datang dari kampung. Terasa bersalah dihati kerana menyusahkan mereka datang kerumah semata2 nak menjaga si Kakak Batrisya yg demam Chicken Pox.

Sambil bersembang dengan mertua, sambil tangan mengurut kaki.... terasa sakit dr pinggang ke kaki.... tak tahu apa puncanya...."Ahhh.... esok lusa..... elok lah tue, sakit pinggang nie...." Bisik hati....


28/10/2013 - Isnin (Pagi)
Terasa sakit dibahagian perut pulak.... menyucuk-nyucuk.... dibiarkan saja rasa sakit itu hingga ke petang....Tompokan darah bewarna coklet mula kelihatan... Balik dari Kerja, saya singgah ke klinik An Nisa.... Dokter Faezah scan, "Kandungan nampak baik & Sempurna,  mungkin cuma pendarahan kecil... tak perlu risau..... Banyakkan berehat...." pesan Dokter.

Lega rasa hati, sambil mengusap perut, semoga "Dia" baik2 sahaja di dalam rahim ini....


29/10/2013 - Selasa (Malam)
Rasa sakit dibahagian pinggang.... hingga ke bawah perut....kali ini sakit nya lebih sakit dari semalam.... cuba lelapkan mata... tapi tak berjaya.... menjelang subuh nekad dalam hati nak ke hospital, Darah yang keluar dah mula bertukar warna... tidak lagi berwarna coklet... darah merah beserta ketulan darah beku sebesar ibu jari....

"Dulu masa pregnantkan Batrisya & Balqis tak pernah pulak smp keluar darah berketul-ketul"... Bisik Hati


20/10/2013 - Rabu (Pagi)
Bagi tahu Mertua & En Suami... nak ke hospital Serdang.... En Suami nak tolong hantar, tapi saya kata tak apa, saya boleh drive sendiri.... Lagipun En Suami baru jer cuti sebab jaga Kakak Batrisya demam hari tue. kesian pulak kat En  Suami nanti nak kena menunggu saya lama di hospital, paham2 lah hospital Serdang mana pernah lengang dengan pesakit yang datang setiap minit.

Selesai mendaftar, saya di tempatkan di Wad separa kecemasan, duduk di kerusi biru sambil melihat pesakit lain yang sedang dirawat oleh dokter & pembantu perubatan. Selepas sejam lebih, baru lah dapat berjumpa Dokter pakar Sakit Puan. Dokter kecik comel , berambut pendek, bersuara halus.

Dokter Scan & Buat VE untuk lihat sama ada Pintu rahim terbuka atau tidak. Kandungan masih kelihatan sempurna, cuma tak dapat kesan bunyi jantung baby.  Dokter suntik ubat untuk kuatkan Rahim....Dokter suruh saya rehat di rumah, dan bagi tarikh temujanji seminggu lagik.

Balik Rumah, Mertua tanya mcm mana? saya kata OK! walaupun hakikatnyer saya rasa tak berapa nak OK. Petang tue Mertua perasan saya asyik berulang ketandas....Mertua tanya kenapa? saya kata Darah keluar laju....berketul2 sebesar tapak tangan kanak-kanak...


Sakit?..... Tanya Mertua..... "Tak sangat....boleh tahan lagik" Jawab saya


Malam tue, En suami, Mertua, Pak mertua & anak2 ke UPSI Tanjung Malim.... nak melawat adik Ipar yang Demam dah beberapa hari. Awalnyer saya nak ikut, tapi bila pikir semula, tak perlah nak rehat kat rumah jer... kalau ikut nanti, jenuh En suami berenti sepanjang jalan, sebab saya asyik nak berulang ke tandas.

Lebih kurang pukul 8.45 malam....
Darah keluar semakin deras....kaki  rasa kejang.... perut seakan sakit saat nak bersalin....kepala berpusing mcm nak pitam, bermacam2 rasa ada saat tue..... bangun jer dari katil capai henphone SMS  kak nora mintak tolong hantar ke Hospital...

Mujurlah kak nora perasan SMS saya waktu tue... kalau tidak... entah apa lah jadi kat saya...
Terima Kasih sangat2 dekat kak Nora & Abg Zahar sbb sanggup tunggu saya sampai pukul 1 pagi kat Hospital,lepas  En Suami sampai jer Hospital barulah Kak Nora & Abg Zahar balik.

Melihatkan keadaan saya yang sangat lemah waktu itu, dengan darah membasahi kain batik seperti boleh di perah walaupun dah bertukar kain sebanyak 2 kali, saya terus dirawat oleh dokter yang bertugas malam tue,  Lebih kurang pukul 2 pagi, saya di masukkan ke Wad 6B katil tak ber No. Terima Kasih En Suami... kerana ada di sisi waktu itu.....

Menunggu pagi.... seperti menunggu seribu tahun lagi..... "Ini hanyalah sakit kecil.... ada yang lebih sakit dari sakit ini...."  Pujuk hati....

Disaat hati ini gembira mengetahui "dia" sedang membesar dalam rahim ini.....sungguh mudah sepanjang mengandungkan "dia"... tiada sebarang alahan...rasanya cukup berbeza sewaktu mengandungkan Batrisya & Balqis. Naluri ini Kuat menyatakan "dia" zuriat Lelaki yang amat saya nantikan....

Akhirnya..... Subuh.... 31.10.2013 "dia" pergi juga meninggalkan rahim ini.... Air mata mengalir deras....sewaktu selesai melakukan ujian VE, dokter menunjukkan seketul daging berlumuran darah,walaupun hanya sebesar tapak tangan tapi jelas kelihatan sempurna rupa & sifatnya.... Semakin deras air mata ini mengair sewaktu melihat Dokter memasukkan "dia" kedalam bekas kecil.... untuk dibawa ke makmal...

10.30 pagi.....katil saya di tolak ke OT room untuk melakukan proses "mencuci" rahim kerana terdapat saki baki kandungan yang masih ada di dalam rahim..... tiada lagi kesakitan... yang tinggal hanya kesedihan.... sedih diatas sebuah kehilangan yang saya harapkan "dia" dapat menyempurnakan kehidupan saya & Suami.... menjadi anak lelaki dalam keluarga kecil kami.....


"Dia" saya berikan nama Adam Mikhail.... Semoga "dia" gembira di sana.....kembali disisi pencipta yang maha agung lagi maha mengetahui....


Al-Fatihah....


3 ulasan:

chintaliza berkata...

xper sekurang-kurang nya ada yang menunggu akak kat sana.. sorry kak tak sempat nak pergi melawat.. =(

Mama Mya berkata...

Chintaliza

tak per za.... Akak pun dah ok sekarang.... :)

Aniez Zack berkata...

Menitik air mata ini membaca nukilan diana... sabar la diana.. akak punya lg besar.. dah 8 bulan.. tp Allah lebih sayangkan "DIA"... masa doktor kata harapan utk "dia" hidup adalah tipis... air mata saja yan menemani... sampai masa dia keluar juga... Muhammad Alif Firdaus nama diberi semoga Alif menunggu umi di jannah firdaus