17 November 2008

::Doakan Kesihatan '"TOK"::

Assalammualaikum...

Tok Hubby saya kurang sihat, hampir 3 minggu beliau terlantar sakit. walaupun dah 2 kali d bawa ke hospital.. tapi dokter sahkan.. tok tak menghidap sebarang penyakit...sabtu lalu.. kami balik ke temerloh untuk menjenguk tok. memandangkan kesihatan tok yg tak menentu. kami telah membawa tok balik ke rumah mak mertua saya. mak mertua saya telah beriktihar untuk membawa tok berubat di muar johor, di sana pengamal perubatan memberitahu bahawa Tok mengalami keretakan pada tulang pinggang sewaktu tok jatuh di tandas. terdapat juga gangguan mahluk halus yg menggangu tok. Semoga kesihatan tok akan cepat pulih...tok kembali ceria dan dapat bercerita dan bersembang seperti sedia kala.
Doa buat Tok....
“Ya Allah Tuhan segenap manusia, hilangkanlah sakit dan sembuhkan-lah, Engkaulah Yang Maha Penyembuh, tiada kesembuhan kecuali dengan penyembuhanMu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.” (Muttafaq ‘Alaih).

Tiada ulasan: