27 Februari 2009

::Petua Nak KURUS::

p/s.. Gambar nie untuk PEMBAKAR SEMANGAT jer.. tak der kaitan antara Hidup Ngan mati k!

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkan BERAT BADAN.

Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan
Air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.
(Petua yg Nie sy mmg selalu amalkan... errmm... tapi bukan limau nipis.. limau biase tue jer)...

Jika anda mengalami masalah berat badan
Air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.
(petua nie.. Iza penah bgtau sy.. dia kata berkesan.. tp sy lum penah cuba pulak... mcm ok jer... leh arr try buat mlm nie..)

Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

heheh yg nak kempiskan perut gune limau nipis ni ok gak tp susah nak hilang kapur nyer.. mkn hri nk hilang.. dah cuber gak..

Tanpa Nama berkata...

Ohh yer ker?.. tp ader sumber2 bg tau kat akak.. petua nie tak sesuai untuk wanita.. sbb boleh bg efect kat OVARI...sesuai tuk lelaki ajerr...

feeqa berkata...

hye...senang je nk kurus, xyh nk kna sekat² nafsu mkn, dgn jamu yg dh dikapsulkan ni, mmg u sndiri yg x rsa nk makan.... meh la try... http://www.udecided.blogspot.com