20 September 2009

::Aidilfitri 2009::

Kenagan di Pagi Syawal

Ku Pohon Maaf Dari Mu....



Perkara paling wajib kami lakukan selepas solat aidilfitri ialah.... Bermaaf-maafan dengan semua ahli keluarga... Didahului dengan Mak yang memohon ampun & maaf kepada abah... kemudian saya memohon Maaf dari suami tercinta... ( Ampunkan segala salah & silap saya.... B... halalkan makan minum saya selama nie....)



Seterusnyer... Giliran adik beradik pulak. Yang sulung hingga bongsu... kemudian menantu & cucu2.... saat ini buat hati kami sayu... teringat akan segala salah silap yg penah dilakukan... andai kata mak & abah terasa hati dengan perbuatan & tutur kata kami... ampun & maaf kami pohon...



Selepas bersalam & bermaafan kami sekeluarga makan bersama...

"Ya allah... Terima kasih kerana masih memberi kesempatan kepada kami untuk berkumpul bersama di pagi yg mulia ini..."

Tiada ulasan: