30 September 2010
::Berita Terkini::
Mya Tercalon sebagai Finalis Top 10 little princess & prince of posing nie pun dah kira pencapaian terbaik Mya.... coz Mya salah sorang yg tercalon dr 53 peserta yg bertanding dlm contets nie...
Timer kasih byk2 pada juri2 yg memilih Mya.... tak lupa jugak pada Penganjur Contest iaitu Ibu Damia Aleesya & Ayyunie .
::Fuhh Berdebar2 pulokkk!!!::
28 September 2010
::Kalau Jadi....::

Klu nak ke Universal Studio kat L.A tak mampu... dapat bawak Mya ke USS nie pun jadilah.... walaupun kecik berganda2 dr US L.A tp cukuplah klu Mya dapat merasai keseronokkannyer... (mama ngan papa pun tumpang seronok gak nnt..kikiki)
Mula2 plan nak ke Phuket... sy mmg semangat sgt bila bab2 laut & Pulau2 nie.... tp bila survey kat blog2 yg citer pasal percutian diorang ke phuket... amatlah tak sesuai untuk bawak Mya ke sana... klu nak ber Honeymoon ber 2 ok lah.. tp klu bwk budak2 kecik tak berapa "sesuaiiii"...
Makanyer .. klu tak der aral melintang.... sampailah hajat kami nak bawak Mya kat USS nie nnt... Harga Tiket dah survey, boleh tahan jugak... mungkin naik bas jer masuk Singapore, boleh Park kereta kat Umah Makcik Intan sy kat Skudai...
26 September 2010
:: Meniti Usia ::
Hari nie.. 26 September 2010 genap usia sy yg ke 27 tahun... Al-hamdullillah Allah masih beri kesempatan kepada sy bernafas untuk menikmati kebahagiaan bersama org2 yg sy cintai.... walaupun dalam Kehidupan yg serba sederhana ini, saya rasakan ia nyer cukup sempurna untuk sy lalui.
Doa saya semoga Allah berikan sy kesihatan yg baik , permudahkan segala urusan sy, Murahkan Rezeki sy & Tabahkan hati sy untuk terus mengharungi hari2 yg mendatang. Amin...
24 September 2010
::Cerita Ceritu Hari Raya ::
Ok nie gambar2 kenangan raya sy tahun nie... Sederhana sajer... :)


RAYA KE-2

Masuk raya ke 2 tetiba jer badan rasa tak sihat... kepala pening2.... hidung penuh dgn Molekul2 yg tak di undang... benci keadaan mcm tue... sbb nak makan pun rasa tak berselera.. (iyer ker tak berselera???mcm tipu jer....hehehe) . lepas Der & Zila bertolak balik ke Kelantan.... kami pulak bersiap untuk beraya ke Temerloh....Misi Pertama adalah ke rumah Kak Nora untuk menatap wajah comel Baby Ayra..... jgn tak tahu.. ader Episod JEJAK KASIH masa kat rumah kak nora... Cuba tengok gambar kat atas nie... Mya yg dah 2 bulan tak jumpa ngan sepupu paling "KETAT" Syira & Farrah... siap berpeluk2 sakan...
RAYA KE 7

Raya ke 7.. baru berkesempatan ambik gambar ber 3 (Hubby , sy & Mya)... terasa tahun nie mcm tak sempurna pulak sbb tak der gambar kenangan raya ngan mak & abah...Jemputan Open House pun tak byk... naper ekk?
18 September 2010
::Semuanyer Dah Berakhir::
15 September 2010
::Hamil Luar Rahim Ancam Nyawa::
Kandungan luar rahim atau istilah perubatannya kehamilan ektopik merupakan satu proses patologi yang amat jarang berlaku. Ia terjadi apabila fetus membesar di luar kawasan rahim atau uterus.
Kandungan seumpama ini merupakan ancaman kepada nyawa si ibu kerana ia berisiko menyebabkan pendarahan yang banyak serta koyakan tisu.
Kes seperti ini berlaku apabila telur yang subur dan telah bersenyawa tidak tertanam di dalam rahim. Sebaliknya dalam kebanyakan kes kandungan di luar rahim, telur tersebut tertanam di dalam tiub fallopio atau ovari. Kadangkala terdapat juga keadaan di mana telur tersebut melekat dalam ruang abdomen.
Kehamilan jenis ini merupakan keadaan perbidanan yang serius dan memerlukan rawatan perubatan segera.
Jika telur yang akan berkembang menjadi embrio tertanam di luar kawasan uterus, maka secara logiknya ia tidak mempunyai ruang yang mencukupi untuk membesar.
Bukan itu sahaja, embrio tersebut juga tidak mendapat khasiat yang mencukupi untuk tumbesaran serta pembangunannya.
Tiub fallopio terlalu sempit untuk fetus yang membesar dengan pesat, jadi besar kemungkinan boleh terjadi kerosakan serta koyakan pada tisu di kawasan tersebut.
Bila itu terjadi maka pendarahan akan berlaku dan mengancam nyawa wanita tersebut.
Penyebab kandungan luar rahim
Wanita yang pernah mengambil rawatan kesuburan dan stimulasi proses ovulasi mempunyai risiko lebih tinggi untuk terjadinya kandungan luar rahim.
Sejarah pernah menghidapi penyakit radang pelvis juga meningkatkan risiko kandungan luar rahim kerana kesan penyakit tersebut menyempitkan saluran fallopio.
Keadaan itu menyebabkan telur yang subur terhalang untuk menerusi saluran fallopio dan terus ke uterus. Apa saja pembedahan yang pernah berlaku di kawasan fallopio meningkatkan risiko kandungan luar rahim.
Endometriosis juga adalah salah satu punca risiko kandungan luar rahim.
Simptom kandungan luar rahim
Sebenarnya susah untuk tentukan kandungan berada di luar rahim terutama ketika usia kandunganmasih awal.
Rasa sakit yang dialami oleh wanita seperti dicucuk pada bahagian abdomen atau pelvis, merupakan tanda pertama kandungan luar rahim. Simptom lain ialah tekanan luar rahim, rasa loya, mual atau pitam.
Pendarahan pada vagina juga merupakan simptom biasa kandungan luar rahim. Jika anda mengalami satu atau lebih simptom seperti yang dinyatakan, anda patut segera menghubungi doktor kerana kemungkinan boleh berlaku pendarahan dalaman.
Koyakan pada tiub fallopio biasanya diikuti dengan simptom pendarahan, kesakitan yang ketara dan parut pada formasi tisu.
Keadaan ini boleh menjejaskan kesihatan reproduktif wanita dan mendatangkan komplikasi jika ingin hamil pada masa hadapan.
Diagnosis kandungan luar rahim
Kandungan luar rahim biasanya didiagnosis pada minggu kelapan hingga 10 kandungan. Pada hari pertama kejadian uri akan terhasil hormon yang menyekat ovari dari menghasilkan telur seterusnya, sekali gus menghalang proses untuk mengandung kali kedua.
Biasanya kandungan luar rahim akan dapat dikesan menerusi sejenis hormon yang dipanggil krionik dan progesteron yang terkandung dalam darah.
Jika berlaku kandungan di luar rahim biasanya hormon krionik dalam darah akan menurun.
Ujian ultrasonografi di bahagian pelvis akan memberitahu kedudukan sebenar fetus dan tentukan sama ada kandungan berlaku di luar rahim.
Ujian laparoskopi juga membantu untuk menentukan lokasi kandungan sebenar. Jika kandungan ektopik tidak berakhir dengan keguguran, doktor akan memberikan ubat untuk mengeluarkan uri.
Ubat tersebut hanya akan diberikan pada kandungan luar rahim yang telah dikesan di peringkat awal.
Manakala pembedahan pula akan dilakukan sekiranya kandungan sudah agak lama
14 September 2010
::9.9.10::
::Dah Nampak Anak Bulan....::
04 September 2010
::Bau Bunga dr K.U.B.U.R::
02 September 2010
::Little Princess / Prince Posing Contest::
Tidak menaruh harapan yg tinggi untuk contest ini sbb peserta yg masuk hebat2 belaka..
Nak tahu Contest apa???
Ha nie dia....

See... comelkan Damia Aleesya nie berposing.... sungguh photogenic....
Ok sebelum kita nengok gambar Mya... apa kata kita tengok para penaja yg menaja Contest ini...

Ok Jom Tengok Mya berposing... agak2 mcm maner pulak rupa dia....
Tadddaaa.....

Jgn Main2 siap tonggek2 montot lagik... ishkk..ishkk...
Serba Sedikit Butir2 Peribadi Princess Mya
Nama ..... Mya Elzara Batrisya Bt Azlan
Berusia...... 2 Tahun 9 Bulan
Kisah Disebalik Gambar Ini.....
Satu petang kami jalan2 kat IOI Mall... Tiba2 ternampak kat satu sudut dikawasan ruang legar IOI mall "PROMOSI KIDS PHOTO SHOOT".... dalam hati mmg dah lama teringin nak ambik gambar Mya kat studio... Bila tanyer Hubby, dia pun setuju.... jadi kami pun terus pilih Costume, nasib ada baju yg muat untuk Mya masa tue.
Mula2 Mya malu2 jugak bila kita suruh dia tengok camera & senyum... tapi mybe sbb photographer tue pandai mainkan peranan... jadi Mood Mya terus jadi Happy... sampai taknak salin baju yg dia pakai..... Impian nak ambik gambar Mya dah terlaksana... sekarang teringin nak buat photo shoot kami ber3 pulak... entah bila lah yer....
::B.. saya....::
01 September 2010
::oH sEPTEMBEr::

Sukenyer!!!! hari nie dah masuk bulan September...
Bulan yg sy nanti2kan...
Meriahnyer SEPTEMBER tahun nie...
dapat sambut Raya....
Dapat sambut Hari 1 Malaysia
Dapat sambut Anniversary
Dapat sambut Birthday saya!!!!
Tgh fikir nak buat apa untuk Anniversary ke empat kami nnt
yg Bestnyer!.. tahun nie kami sambut Aniberseri Malam Raya....
Makanyer "HONEYMOON" kat kg En Hubby lah.. hehehe
Kan Best klu Aniberseri tahun nie sy dapat hadiah nie....
& paling menggembirakan bila ianyer....