27 Mac 2013

::Orang Ketiga, keempat & kelima....::






Kuala Lumpur: Orang ketiga yang menyebabkan hubungan suami isteri berantakan kini berdepan tindakan undang-undang kerana perkembangan terkini menunjukkan mereka perosak institusi kekeluargaan Islam dan antara punca meningkatnya kes perceraian, terutama dalam kalangan pasangan muda.

-Petikan Harian Metro-


Bagus rasanya bila ada undang-undang mcm nie... 
Tapi pelik kan.... kenapa yer... ada sesetengah "perempuan" tue sanggup & tergamak nak jadi orang ketiga bila dia sendiri tahu, dah terang2 depan mata,  lelaki yang dia kawan tue suami orang. Ada pulak tue.. sampai sanggup nak jumpa si isteri lelaki tue.. kononnyer nak tunjukkan "keikhlasan" (Blueekkk..tangan kat bahu mata ke atas)  untuk bermadu. Kan ramai lagik lelaki2 bujang kat luar sana... kenapa yang suami orang jugak dia nak??? klu si lelaki tue kaya raya mcm Datuk "ABCDEFG" tue ok lah... ini... duit belanja rumah pun "tong-tong" sama ngan isteri.... ada hati nak kawin lain.... (itulah namanyer lelaki Tak Sedar Diri....) 


Kalau kata tak tahu tue boleh lah dimaafkan lagik.... tapi saya nasihatkan lah... (cewahhh ader hati nak nasihat orang... kuikuikui...) kalau boleh sebelum menjalinkan hubungan yg serius dgn seseorg lelaki tue.. cuba selidik betul2 status lelaki tue... Bujang ker.. Duda ker... atau suami beristeri 1,2,3.... ker...
selagi boleh elak...kita elakk-elakk kan lah.... 


Tapi... Jodoh pertemuan ditangan Tuhan...tak siapa tahu & tak siapa boleh halang.  


Kita sebagai isteri... jgn terus melenting memba&* buta bila dapat tahu suami kita ader orang ketiga, keempat & kelima... (apesal banyak sgt?? hehehe...). Kita cuba Nilai diri kita sebagai isteri....cari kesilapan, kesalahan & kekurangan pada diri kita, adakah kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai isteri dengan baik & sempurna???  (fikir-fikirkan...)   

Kalau kita rasa semua tanggungjawab sebagai isteri kita dah lakukan dengan baik. Anggap saja ini Ujian dari Allah untuk kita. Berdoa & terus berdoa semoga rumahtangga kita kembali terpelihara. Amin... 


"Biar apa pun dugaan yg datang... Senyum lah selagi mampu... Menangis lah jika Perlu...."  





9 ulasan:

Zura Hasan berkata...

kalo dpt wife mcm diana mmg bodo la suami tu nk pasang lain...tp laki, mcm mana susah pyh pun kita hidup berkorban utk diorg, diorg nk buat, buat jgk..tak dpn, blkg kite...hehehe..ni pengalaman zura sendiri nih...

Mama Mya berkata...


Zura Hassan

Hehehe... mcm zura ckp lah... "lelaki nie kalau dia nak buat..dia buat jugak"... Isteri baik mcm mana pun, cantik mcm bidadri syurga pun... klu hati dah "sangkut".... "aperrr pun tak bolehhh"...

tapi diana rasa bila dah ada undang2 mcm nie.. "perempuan2" yg duk jadi org ke3 nie boleh lah pikir 400 kali, nak teruskan hubungan dia dgn suami org.. atau standby duit 3k & bersedia untuk duduk dlm penjara....

Kniedaz berkata...

Bagus juga ada hukuman sebegini...kadang2 kita yg perempuan ni pun tak tahu apa sebabnya mereka suka suami orang...

Amanda Suria berkata...

x suka org ketiga..walau kini akak kembali solo..akak akan pastikan akak bukan org ke 3..

mama Mya berkata...

kniedaz

Kebanyakkan yg sy lihat... diorg kata suami org nie lebih memahami.. lebih caring....pandai ambik hati... "Kononnyer".... hehehe

mama Mya berkata...

Amanda Suria

Yerlah Cik Amnda Suria...sy pun berharap sgt tiada org ketiga... tp klu suami minta izin cara baik nak berpoligami disertakan alasan2 yg kukuh... in sya Allah... saya Redha... :)

saifudin abu izzudin berkata...

nice day :)
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
Jadilah seperti yang kamu inginkan,
karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
yang ingin kamu lakukan

http://www.nolimitadventure.com/

Rusida Nor berkata...

Mama Mya,
Saya sedang cari bidan yang pernah terlibat dalam cerita mama mya mengandung dulu (placenta kat bawah) tu...saya email tapi mama mya tak balas...tolonglah respond (mana nak cari bidan yang pandai urus kan uri kat bawah ni?saya sedang mengandung ni...) rusidanor@gmail.com

Fiza Rahman berkata...

Saya paling benci orang ketiga.