06 Jun 2013

::sambungan citer semalam::


Kalau ikutkan byk benda nak cerita.... tapi tak perlah saya pendekkan saja cerita yang saya dah peram berbulan2 nie. 

Ahad 
Lepas dah casting, 2 ,3 hari lepas tue dapat Call dari Production House bagitau yg Batrisya antara 3 orang yang terpilih untuk watak Ros, anak bongsu kepada Mak Biah. Waktu dapat tahu yang Batrisya kena datang 2nd Casting dan Class bersama Director, kami sedang bercuti di Peneng, terpaksalah balik KL cepat2 keesokkan harinya.... 

Rabu 
2nd casting, ambik masa setengah hari... puas jugak menunggu kakak kat lobby Production House tue, saya smp tertido2 kat sofa. Habis 2nd casting diorang suruh tunggu 2, 3 hari lagi untuk bagitahu result berjaya atau tidak. 

Jumaat 
2 hari selepas tue, Tengah jalan2 kat pasar malam... dapat Call dari Production House bagitau yang Mya Elzara Batrisya BERJAYA!!!, syukur Alhamdullillah.... 

Sabtu 
Bawak Batrisya Wardrobe dekat Damansara, masa kat sana, dapat lah jumpa dengan semua pelakon2 iklan "Jiran Saya" , Director, Client, dan ramai lagik lah yg terlibat untuk iklan tue. nak dekat 5 jam jugak lah   menunggu kakak Fitting baju yang dia nak pakai masa shooting iklan tue. bukan sehelai dua baju yg nak kena pakai... hampir 10 helai baju. itu baru baju Batrisya, belum lagik baju pelakon2 yang lain. Setiap kali tukar baju... kena ambik gambar, memang menguji kesabaran perut saya  yang tengah lapar time tue. 


Sebelum balik, semua yg terlibat diberi kontrak masing2 untuk di sign.... ada lah beberapa penerangan yang Production House bagi masa tue.   Shooting selama 3 hari start hari Isnin - Rabu di sekitar kawasan Ulu Langat dan Puncak Alam.  




Time nie diorang belum decide lagik siapa yg sesuai untuk watak Mak Biah... ada 3,4 org makcik yg masih menunggu untuk di pilih. 


Ros (Batrisya) bersama abang dan kakak nya... yg jadi  abg n kakak Batrisya tue mmg dah selalu berlakon iklan & drama...  Diorang bertiga nie cepat mesra sampai sekarang kami masih berhubung.






Ini gambar curi2 yang di ambil oleh Papa Batrisya... Kalau ikut dalam Kontrak, tak dibenarkan mengambil sebarang gambar sewaktu berada di set/lokasi pengambaran... tapi papa batrisya ambik jugak 2, 3 keping gambar nak simpan buat kenangan. 


Ya Allah...  rupanyer bukan senang berlakon Iklan nie... totally tak sama mcm berlakon drama... dia punya teliti smp kena shoot lebih 10 kali untuk dapatkan hasil yg terbaik. Kesian sgt kat Batrisya, hari pertama shooting keluar rumah pukul 4.30 pagi... balik rumah pukul 1 pagi, pastue pukul 5 pagi terpaksa kejutkan dia semula untuk pegi shooting hari ke dua. Hari ketiga habis shooting awal sikit pukul 10 malam. Muka Happy sangat sbb dapat macam-macam hadiah dari director.

Layanan untuk semua pelakon terutamanyer pelakon kanak2 sgt2 baik, semuanyer terjaga.. Apa saja keperluan mereka di utamakan. Director layan diorang mcm tuan puteri, semata2 nak jaga Mood diorang, siap ada 2 orang assistan lagik yg akan jaga 3 org pekalon kanak2 nie, nak tukar baju ker, nak makan ker, nak gie tandas ker, semua assitan tu yang uruskan.  Kalau cerita bab makan minum... Papa Batrisya lah yang paling seronok sgt...3 hari duduk kat set perut dia dah bulat mcm belon, semuanyer  gara2 makanan yg diorg sediakan sedap2 belaka,  siap ada ubi rebus cicah kelapa dgn sambal bilis lagik untuk minum petang.


1 ulasan:

NrlAidaHml berkata...

akhirnyaa...selesai jugak casting yg amik masa tiga hari tu..kesian kakak Mya..mesti dia letih sesangat..tapi xpe, yang berbaloi n dpt masuk TV..hihihi