08 Disember 2009

::Doa Buat Puteri Ku::

Puteriku...

Mya Elzara Batrisya
Baris-baris ini ku rakam untukmu
Bersaksi Tuhan dan juga Rasulmu
Kau anugerah

Kau jua amanah
Kurniaan paling berharga
Taklifan paling utama


Maha Benar firman Tuhan
Suatu perhiasan
Mainan yang menyenangkan jiwa
Juga suatu ujian
Cubaan yang menuntut segenggam ketabahan
Ditatang seperti minyak yang penuh
Belaian peluk manja
Penuh kasih sayang
Ajaran serta didikan
Penuh adab sopan


Seringkali jua sabar diduga
Hamba kecil tidak mengerti apa
Menjadi mangsa ammarah beraja
Maghfirah dipohon tanda kesalan

Agar kebaikan melingdungimu
Agar kesejahteraan sentiasa mengiringimu
Mula dari saat kau lahir
Hingga matimu
Hingga bangkitmu kembali
Tiada harta

Tiada pusaka
Selain kalam Tuhanmu
Yang Maha Agung
Maha Berkuasa


Tiada ulasan: