26 Oktober 2010

::Cerita Borneo Part 5::

Ishkk.. citer pasal Borneo nie dah mcm filem telenovela kat Astro lah pulak... bersambung2... layan jer lah... tinggal 2, 3 episod jer nie nak khatam. hehehe


Lepas dah puas menikmati kehijauan di Kinabalu Park kami meneruskan pengembaraan ke lokasi seterusnyer iaitu ke Canopy Walk & Hot Spring di Ranau.



Akhirnya sampai jugak kat Canopy Walk.....
Fuhhh basah ketiak nak sampai kat kawasan Canopy walk nie.. sbb nak kena redah hutan pastue kena mendaki tangga berbukit.




Ini dia Canopy Walk.. Titi yg tergantung antara 1 pokok ke pokok yg lain.... ader lebih kurang 5 check point yg kami kena redah sebelum sampai ke Check Point terakhir...



Perasaan??? Mula2 tue ketaq lutut jugak lah ... siap jerit2 manja gitu maner tak nyer tinggi gilerrr okeh, lagi2 time jambatan tue bergoyang2... ngeriiiiiiii.... tp bila sampai kat Check point ke 2... terus rasa Syokkkk!!!!




Pemandangan dr atas Titi gantung... kat bawah tue ader air terjun tp kecik jer....




Lepas tue kami ke Kolam Air Panas pulak..... kawasan nyer sgt cantik & menarikk, bagi yg tak kisah mandi secara terbuka boleh mandi kat kolam2 kecik yg disediakan.. bg yg nak privacy boleh sewa bilik2 (mcm chalet) yg siap ader kolam air panas persendirian.




Nie dia rupa kolam terbuka... berasap2 air yg kuar dr paip sebelah kiri tue...



Aiman tgh Skodeng anak dara acik yer????
(yg sebelah kiri tue namanyer Aiman.. anak Max & Erni yg tengah2 tue anak sulung Bro Otai & Kak Ira)



Memandangkan hari semakin gelap (walaupun baru kul 6 ptg) kami pun siap2 untuk bertolak pulang. Apa yg pasti pengalaman berada di Ranau sgt menyeronokan. Rasa mcm tak nak balik jer....





Dalam perjalanan balik, sempat jugak snap beberapa Pic Puncak Gunung Kinabalu yg hampir diseliputi Kabus tebal. Walaupun badan terasa penat... tp hati rasa sgt puas bila dapat sampai ke sini...


Sewaktu dalam perjalanan pulang keadaan gelap & Kabus tebal, jarak penglihatan sgt terhad terpaksa drive slow & follow jer kereta kat depan, jalan dia macam jalan lama kat Cameron highlands kira adventure jugak lah...




Al-hamdullillah lebih kurang pukul 10 malam kami sampai semula kat Town KK... masing2 dah terbayang2 nak makan Lobster ngan Butter prawn, Bro Otai suggestkan makan kat restoran seafood Depan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).




Mmg puas hati makan kat restoran nie.. masakkan dia sedap... cepat & mesra... harga dia pun sgt berbaloi2 mmg puas hati lah... Lobster (tak ingat masak apa nama) , Ketam Masak sambal , Ikan kerapu Stim, Butter Prawn, Kangkung Goreng belacan & Kailan goreng. Masa makan sy mmg dah tak toleh kiri kanan lagik sbb dr tghari tak makan apa2 pun... lapooo tahap raksaksa....



Balik dr makan kami terus balik hotel... mandi2 pastue Zzzzzzzzzzzzz sampai esok pagi, sedar2 mata hari dah terpacak. Mmg letih tak ingattt....


Tiada ulasan: