01 November 2010

::Semalam::



Pagi Semalam... bangun tido agak awal... celik2 jer mata perut rancak memainkan Irama Keroncong, bukak peti es.... tak der apa yg menarik untuk di sumbat ke dalam tangki perut nie... bukak Cabinet... terpandang sebungkus Pasta yg masih belum digoreng....

Dek kerana Kelaparan mengatasi Perasaan Malas...maka.... sy pun memaksa diri untuk bersilat di dapur selama 25 minit. Dan hasil dr "persilatan" saya itu... maka terhasil lah Pasta goreng seperti Contoh Gambar dibawah.




Selepas tangki perut selamat di isi, sy & Mya berguling2 di depan TV menonton Ulangan Mari Menari.


Petang semalam....kami melakukan aktiviti beriadah di IOI Mall, menerjah panggung wayang untuk menonton cerita



Tak tau nak komen aper pasal citer nie... best tue best ... tp best lagikkkkk Lagenda Budak Setan... kikikiki

- Cat Farish Lawak sgt

- Tertanyer2 jugak "Gee" tue apa ekk? adakah dia sama erti dengan "Nokkk"

- Kenapa Morib??? kan best klu buat filem nie dekat Pulau Perhentian @ Pulau Tioman, mungkin nak promosikan Morib kot... tp view dia tak berapa menarik.

Ok.. tak mo komen byk2 lah... apa yg penting.... klu Farid Kamil yg berlakon sy Mustiii pergi tengok filem tue...





Malam Semalam.... lepas tengok wayang, kami cuci2 mata & Poket. di sini






Sempat merembat 3 helai baju yg murah2 gara2 semua baju yg ada telah Sendat selepas berat badan naik mendadak 2,3 menjak ini. En Hubby juga Gumbira bukan kepalang kerana mendapat "Sesuatu" yg dihajati selama ini.









Tiada ulasan: