09 Disember 2008

::1st Happy Birthday::


7.12.2008


Selamat Hari Lahir yang Pertama buat Anak Mama & Papa.. Mya Elzara Batrisya...
Genap setahun sudah masa berlalu pergi meninggalkan 1001 memori. Indah sungguh kurniaan ilahi yg diberi.. Papa & mama doakan Mya menjadi anak yang baik, insyaallah, mama & Papa berjanji selagi masih ada kudrat, kami akan berusaha untuk memberikan didikan yg sempurna sebagai bekalan di dunia & akhirat. AMIN...


Sempana hari lahir Mya yg pertama pada 7.12.2008, sy tak sempat nak buat apa2 majlis tuk Mya... cuma..sy ader niat nak sedekahkan pulut kuning tuk org masjid kat Umah mak saya. jadi pg ahad tue sy n mak g pasar beli bahan tuk buat pulut kuning dan bahan2 tuk masak juadah pg raya esok.



Selepas siap packing pulut kuning, B & adik bongsu sy g hantar kat masjid masa solat maghrib. tetiba pulak abah dok bincang nak balik Kg kat Teluk intan. sbb adik beradik abah ada berkumpul kat sana... bincang punyer bincang, kul 1.30pg, kami 2 buah kereta bertolak balik ke teluk intan. Cuaca hujan sepanjang perjalanan. sampai kat kg dalam pukul 4.30 pagi. Rasa macam tak percaya jer sy dah sampai kg.. sbb kami tak plan pun nak balik kg... dah hampir 4 tahun sy tak balik kg kat teluk intan... rindu sgt suasa beraya d kampung. semenjak Arwah atok meninggal, kami mmg tak pernah beraya d kampung. Rumah Atok yg lama pun dah terbiar, sy suka rumah atok yg lama... rumah kayu 2 tingkat asli dgn reka bentuk tradisional. byk kenangan kat rumah lama tue...


Zaman masa kecik2 dulu asal tiba jer musim cuti sekolah.. mak & abah mst hantar saya balik kg... sy suka ikut Opah ke sawah..sambil tunggu opah tanam anak padi , sy ngan maksu sibuk main kat tepi bendang... bila dah letih kami berkelah makan bekal nasik lemak yg opah bawak. Bila petang... aktiviti sy ngan maksu... kumpul kawan2 seangkatan kami... Dok BERKUBANG kat dalam parit (tali air) depan umah Atok.mmg seronok sgt... dunia kanak2 saya bila dok kat kg... semua tue kenangan 25 tahun yg lepas...sekarang... sy dah berumah tangga n dah ada seorang anak pun... cepat tul masa berlalu.


Ishhkk.... naper pulak keluar tajuk nie...ok berbalik pd story mory besday Mya... pg raya tue sempat lah Mya potong kek... meriah sikit sebab ader anak2 sedara yg lain. Tapi... Mya tak sihat...tetiber jer dia demam panas n muntah2. Alhamdullillah dia tak meragam. Mya byk baring jer... lepas potong kek... sy bg Mya jamah sikit kek, pastue dia terus tido sampai petang. Kesian sgt nengok keadaan dia time tue.









Insyaallah, kalau Mya dah sihat nnt, saya & hubby cadang nak buat sedikit majlis tuk Mya kat umah kami nnt. boleh lah ajak kawan2 yg lain... kebetulan keluarga mertua pun ada meriah sikit.

1 ulasan:

Nurhayati berkata...

happy birthday Mya...
best betul nama dia yer.. suka2x