17 Jun 2011

:: Petua Menaikkan Uri::


Terjumpa Petua nie masa sedang mengg "google" semalam... Insyaallah akan saya cuba amalkan petua nie, walaupun dah agak terlambat. Apa yg penting kita perlu "Berikhtiar" jgn sesekali putus asa... Caiyokkkkkk Mama Mya!!! (Cewahh semangat berkobar2 pulak sy nie...)


Placenta Previa

Inilah kedudukan Uri (No 1) dalam Rahim saya. ianyer berada di bahagian paling bawah sehingga menutup laluan untuk baby lahir secara Normal.


Ini Pulak Kedudukan Uri yg Normal, kepala Baby berada betul2 dibahagian pintu Rahim.



PETUA UNTUK MENAIKKAN URI


Senaman ini boleh dilakukan sebanyak dua kali sehari iaitu : sewaktu bangun pagi dan sebelum tidur (selepas isya’).

CARA : Baring atas katil dengan kaki diangkat ke atas, jika tidak mampu mengangkat kaki, cuba sandarkan ke dinding. Maksudnya kita baring dalam bentuk ‘L’ iaitu kaki disandarkan ke dinding agar tidak jatuh. Baring dalam keadaan begini selama mana yang mampu lakukan. Paling penting, jangan memaksa diri sendiri. Kebiasaannya, bagi ibu yang sudah hamil ‘tua’ (trimester ke-tiga), memang agak kurang selesa untuk kita berbaring dalam keadaan begini.

Teknik pernafasan : Tarik nafas perlahan-perlahan, sedalam yang mungkin mengikut kemampuan (waktu tarik nafas, pastikan kaki diangkat atas dan disandarkan ke dinding). Dengan menggunakan satu nafas, cuba tahan nafas anda selama yang mampu. .

Cara menarik nafas juga penting, iatu dengan menggunakan perut dan bukan hidung. Maksudnya, bila kita menarik nafas menggunakan perut, kita rasa perut kita naik ke atas sedikit. Lepaskan nafas secara perlahan-lahan, dalam jangakamasa yang sama (lebih kurang sama ketika menahan nafas). Buat senaman dalam 10~15 kali untuk satu sesi senaman.

Ulang senaman selepas bangun pagi, sebelum menunaikan solat subuh atau sebelum matahari terbit.

Selain daripada senaman, cuba berinteraksi dengan bayi dalam kandungan. Pujuk bayi agak pusing ke bawah dan uri biasanya akan naik ke atas mengikut pergerakan bayi. Sujud yang agak lama juga dapat membantu menaikkan uri, kerana kedudukan sujud itu sendiri dapat memperbaiki kedudukan rahim ke tempat asal, insya Allah.

Semoga dipermudahkan Allah, amiin.




11 ulasan:

YAYA AZURA berkata...

adik yaya yg pregnant 4 bulan tu pun adik masalah nie.. nak kena bg tau dia la info nie.. tq ye ...

Mya Elzara Batrisya berkata...

Yaya Azura
Ohh yerker azura?... bagus klu cuba ikhtiar dari awal..mcm saya nie dah masuk 7 bulan Dokter kata harapan tipis uri tue nak beralih...


tp ...sy cuba jugak...manalah tahu keajaiban berlaku. Sebenarnyer sy takut nak Operate kali ke 2... klu boleh nak try jugak bersalin Normal.

izan berkata...

Tenkiu for da info...nasib kite serupa...seb baik jupe awk punyer blog....sbb kiter pun ngah isau gak...nows kiter pregnent 27 weeks...uri kat bwh gak...

si peri peri berkata...

thanks for the info. google2 terjumpa blog awak. ;p tadi pegi scan doc kata uri saya kebawah sikit tp tak obvious sangat. but im scared walaupun br 18+weeks.

Tanpa Nama berkata...

Thanks for the info....kebetulan mempunyai masalah sama...

Jueta Sweet berkata...

diana...thanks amat berguna, aku sekarang dah 4 bln semalam scan doc kata uri turun sikit.than bln 5 nanti scan semula..aku pun nak cuba lah teknik tu...

Tanpa Nama berkata...

7.3.13 nk g scan hrp uri da prbhn x l0w..nk try cr ni tgk..dh 25w..mdah2an b'hasil..

norafeezah sairi berkata...

terima kasih kerna bagi tips sy pn baru 2bln mgdg dh jd begini,x tahu cara apa nak buat

Tanpa Nama berkata...

saya pun prenant masuk 6 bln uri saya pun di bawah ....

Tanpa Nama berkata...

Tq for info

Faidzan haslinda berkata...

Placenta previa atau uri di bawah hanya boleh disahkan bila kandungan sudah lepas 28wks... sebelum usia itu masih peluang utk uri naik keatas.. jgn risau insha Allah..skang usia 3,4,5 bulan pon doc dh sibuk bgtau kita uri kt bwh...awal2 mmg uri kt bawah..sepatutnya xperlu bgtau mcm tu..hanya menambahkan stress, ketakutan dan kebimbangan shj...

Label

13 hari 12 Malam (3) Abah (1) AirASia (1) Anmum (1) Anniversary (2) Apam Polka Dot (1) Apit Kawen (2) Astro First (1) Baby (2) Batrisya VS Balqis (3) Beauty (3) Belon Panas (1) Bertunang (1) Bicara Hati (2) Birthday (21) Bisness kecil-kecilan kami (1) blog (1) Borneo (2) Buaian Berendoi Cinderella (2) Casting Iklan TV (3) Cherating (1) Contest (13) cuci mata (1) cuci poket (1) Cuti2 (38) Darul Syifa (1) DSLR (1) Emosi (8) Enfakid A+ (1) Family (69) Father's Day (2) Friends (17) Giveaway (4) gosip jer (1) Hari Ibu (1) Home (7) Housewife (1) Hubby (21) Hujung Minggu (6) Impian (9) Info (3) Island BBQ Steamboat (1) Jiwa Kacaw (3) JJCM (1) Johnson's Baby (2) Kawin2 (1) Kembar 11 (1) Kenangan (1) Kenduri (1) kerja (3) Kisah Benar (1) Kisah Misteri (4) Konsert (1) KPop (1) Kuching (2) KWSP (1) Lepak King (1) Lepas Geram (4) Macam-Macam (5) Mak (1) Mak Abah (1) Makan2 (20) Masak2 (5) Melaka (1) Memori (2) Menang Contest (2) Ms Rabbit (1) My Gurls (3) Mya Elfira Balqis (17) Mya Elzara (42) Mya Elzara Batrisya (18) Mya Junior (1) Mya's Collection (1) Pantai (1) peneng (1) Peristiwa (3) Petua (1) Photoshoot (1) Pregnancy (14) Prudential (1) Pulau Pangkor (2) Pulau Tioman (1) Raya (12) Sahabat (1) Sakit Kepala (1) Santau (1) Sarawak (1) Satria Hijooo (1) Saya Nak KURUS (1) Sekadar Coretan (10) Seram (1) Shopping (7) Syukur (1) Tadika (2) Tag (3) Tahun Baru (2) Taman Botani (1) Tanjung Biru (1) Tentang Hati (3) Tentang Kawan (1) Tips (1) Tommee Tippee (1) TOYOL (1) Tupperware (1) Tutorial (1) Tutu (3) Wad GA (2) Warehouse (1) Wayang (4) Wedding (5) Wish List (1)