20 Jun 2011

::::Warkah Buat "Abah"




Abah,
Sebelum apa-apa, angah nak Ucapkan Selamat Hari Bapa dan terima kasih kerana telah membesarkan Angah, Along & Adik dengan baik.

Terlalu banyak pengorbanan yang abah lakukan untuk kami adik beradik. Tak mungkin kami balas dengan Wang Ringgit. Hanya Allah yang mampu membalas Jasa abah selama membesarkan kami di Dunia nie.

Tanpa abah, kami mungkin mati kelaparan,
Tanpa abah, kami mungkin tiada tempat berteduh,
Tanpa abah, kami mungkin hidup melarat...

Doa Angah buat Abah, semoga Abah Sihat, Ceria & Bahagia setiap masa. Walaupun jauh dimata, tapi hati Angah sentiasa ingatkan abah. Angah Sayang Abah...



Ikhlas dari
Angah
Anak mu yg Comel :)




Tiada ulasan: