tadi masa merayap2 membaca entry terbaru kengkawan...
terbaca lah entry kak Nani Rostam
Saya petik sikit dr Entry kak Nani...(Kak Nani yang Manisss.. sy mintak Izin yer...)
"....dulu nama dia Nur Qistina Balqis, tapi disebabkan makna dia tak berapa elok iaitu nama keluarga Jin maka kami anak beranak mengambil kata sepakat menukarkannya ke pada Nur Umairah. Alhamdulillah berkat nama yang indah, Nur Umairah banyak berubah. Kalau dulu dia sering bercakap dengan 'kawan'nya di alam ghaib (memang amat ketara dari segi perbualan dengan 'kawannya' itu secara 2 way conversation. Memang menyeramkan terutama waktu malam.
Pernah Alisya tidur berdua dengannya terus berselimut ketakutan bila melihat dia bersembang dengan 'kawannya' itu. Pernah juga sekali Liana bawa kereta bersama Umairah dan mendengar perbualan dia dengan 'kawannya' dalam itonasi yang menyeramkan.
Sekarang bila kita tanya kawan Umairah mana? Dia jawab Umairah sekarang dah tak da kawan. Kawan kat sekolah adalah. Perangai dia yang terlalu berani dan nakal pun semakin berkurangan. ALhamdulillah."
Sebenarnya.... saya jugak mengalami masalah yang sama....
Mya Elfira Balqis - anak ke 2 saya mempunyai perangai yang sangat luar biasa....
Dia sangat keras hati, keras kepala, kuat marah, suka memberontak, & yang terbaru
bila dia tak dapat apa yang dia nak... dia akan hempas2kan badan dia,
dan akan hantukkan kepala dia kat lantai.... sampai benjol...
Saya tak faham kenapa Balqis jadi "Luar Biasa" mcm tue
dia suka bersendiri... main sorang2 kat bilik yang gelap...
dia tak pernah takut pun kalau kita kata "ada hantu", "ada harimau","ada Lipas" .......
dan apa saja yang seangkatan dengan nya...
Saya tak tahulah....
adakah nama "Balqis" tue yang mempengaruhi
perangai anak ke dua saya itu...
atau... Didikan saya yang tak sempurna....
Tapi.... Batrisya (kakak) masa kecik2 dulu ok jer....
Semalam Babysitter Balqis mengadu...
Balqiss "Sepak" muka anak dia (Damia) yang tua 2 bulan dari Balqis
pastue Balqis suka berebut mainan dengan Damia
kalau tak Dapat Balqiss mengamuk mcm kena Hesteria
Seminggu dua nie... Balqiss suka terjaga malam...
Mula2 dia akan nangis.... bila kami tak bangun pujuk dia
dia akan buat pusingan badan 360 darjah kat atas katil kami
kadang2 tue tengah sedap2 tido dia pegi tendang muka papa dia...
Tendang bukan tendang manja2 okeh...
dia punyer tendangan mcm "Safiee sali" nak jaringkan Gol
Ya Allah sabar jer lah dengan anak yang sorang nie...
Semalam bincang2 dengan En Hubby...
nak tukar nama panggilan Balqis kepada nama yang lain.
pening... pikir nak panggil Balqis apa...
Inilah dia... budak yang sangat Luar Biasa itu
13 ulasan:
Assalamualaikum...
oooo sampai camtu ye.. mmg nama mempengaruhi dalaman anak2... so far akak ok ler.. nama anak sulong akak panggil Sakinah, ke2 Hakimi, ke3 Haikal dan ke4 taktau lagi.. ahakkss..
panggil je baby kecik comel tu SITI AISYAH ke.. kan ok gak .. :P nak tak?
Kak Nani
Itu lah kak... makin hari makin risau pulak dgn peranagi si kecik tue...Umur baru setahun.. tapi lasak nyer mcm budak dah 5,6 tahun...
Ehh... mcm mana akak boleh baca fikiran saya?? saya mmg ada plan nak tukar panggilan balqis kepada
"Sara Aisyah"
Tq kak... :)
comeynya dia..
Insya Allah, harap ada rezeki esok di blog Alycia ;)
Alycia
Terima Kasih Alycia... :)
Tapi Balqis tu bukan ke nama ratu Balqis yang akhirnya jadi isteri Nabi Sulaiman a.s? Rasanya dia bukan keturunan Jin. Cuma dia penyembah api sebelum berkahwin dgn Nabi Sulaiman. Yang jin hanya bala tentera Nabi Sulaiman. Tapi tak tau la. Nama ni memang memainkan peranan jugak. Mungkin dia tak sesuai dengan nama tu.
pernah dgr ustaz kata boleh tukar nama kpd makna yg lebih baik...
ina suka nama AISYAH... :)
dia sangat comel..
dari mula saya baca memang saya bayangkan dia berumur 5 6 thn.. baru setahun je ke umurnya. memang luar biasa.
hentak kepala sendiri sampai benjol? sepak mcm safee sali? luar biasa gak tuh.
betul ke pengertian nama mempengaruhi peribadi dan tingkah laku anak...bagi saya tak semestinya...cth saya sendiri mempunyai anak yg kini berumur 1thn 7 bln..nama Dhia Batrisya Balqis..Alhamdullilah anak sy sehingga kini baik sahaja..tiada berperangai pelik dan nakal..
akan tetapi..sy mempunyai anak buah yg mempunyai maksud nama yg indah yg baik...sejak lahir slalu skt..dah skrg anak buah sy tu sudah berumur 2thn lbh..tp perangainya sampai skrg suka menjerit2..nangis2..hentak2 kepala sampai benjol kalau apa yg di hajati x tercapai...selalu memberontak..bila nak kan sesuatu dari org lain mesti dia gigit2 org itu..kerjenye melalak jer...
ooo sy lupe bgtau nama anak buah sy tu..Aisyah Sofiya..
ank saya fea kamilia qistina..saye sudah buat urusan pertukaran nama DI JPN ..new name kamilia hana..hope akn jd lmh lembut dan kurang lasaknye
mcm mana prosedur nak tukar nama anak yg lebih setahun
Catat Ulasan