07 Julai 2011

::Merata Ku Mencari.. Akhirnyer ketemu Juga::



Carikan saya buah delima,
Masak sebiji dibalik daun,
Budi En Hubby saya terima,
Jadi kenangan bertahun-tahun.



Cewahhh siap berpantun-pantun bagai....
Poyo jer mak Buyong nie kan .... hehehe


Selama 28 Tahun hidup, tak pernah pun teringin nak makan buah Delima.. Tp Entah mcm maner, tetiba ajer anak Tekak nie terasa teringin sgttt!... Merata saya mencari, sebelum nie selalu jumpa org jual kat pasaraya @ pasar malam... tapi time saya nak beli , boleh pulak tak ada sebijikkkk pun....

Minggu lepas sanggup meredah Jem kat KL semata2 nak cari buah Delima nie kat Pasar Chowkit. Tanyer kat semua gerai yg jual Buah kat situ, dorang kata sekarang bukan musim Buah Delima.. nak kena tunggu 6 bulan lagik baru ada...

Alahai.. 6 bulan = Baby dah kuar,kot2 dah boleh merangkak agak nyer masa tue...

Entah mcm maner.... Malam semalam masa En hubby balik dr kerja, saya nampak dia duk jinjing beg palstik. sy pun tanyerlah kat En Hubby.....

Saya : B bawak apa tue??

En Hubby : Buah Mangga...

Saya : Oooooooo......


saya pun ambiklah beg palstik tue nak simpan dlm peti sejuk.... Tp hati nie duk tertanyer-tanyer... Naper B beli Mangga 2 bijik jer... selalunyer dia mesti beli 2,3 kilo.... sbb dia tau Bini dia nie mmg Hantu Mangga Manis.

sy pun bukak lah plastik.. nengok...

Ehhh Buah Delima lah!!!!

Punyerlah Syokkk masa tue!!! Akhirnyer dapat jugak makan Buah delima... hehehe... Timer Kasih B!!! Timer Kasih Sgt2... tak tahu lah kat Ceruk maner En Hubby dapat jumpa Buah Delima nie. Barulah saya tau mcm maner rasa buah Delima sebenarnyer... hehehe



KHASIAT BUAH DELIMA

Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang kaya dengan unsur zat besi sebagaimana firman Allah: (Q:55:6)

Maksudnya :"Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima. Buah delima atau dari segi saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan , ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan.

Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia. Dengan hanya sebiji buah delima mampu memberi khasiat yang banyak kepada kita. Buah Delima mempunyai kadar antioksidan yang paling tinggi diantara buah-buahan yang lain.

Delima, sejenis buah lain yang disebutkan di dalam Al-Qur`an, mengandung potassium yang besar volumenya, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Bereaksi bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga detak jantung agar tetap normal..(bagi ibu dan perkembangan fetusnya).

Dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur ( kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaan nya menunjang pergerakan bayi yg dikandung) , mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah ( ibu yang baru pertama kali mengandung atau lebih dari 3 kali pregnancy). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.

Antara kebaikannya yang lain:

*menghalang pembentukan sel kanser
*mencantikkan kulit
*mencegah dr nyanyuk
*memberi tenaga
*elok utk pesakit tekanan darah tinggi dan rendah
*elok utk sistem penghadaman
*mngurangkan berat badan
*prevent morning sickness( utk org mengandung)
*memperelokkan rahim

Credit to: Value Of Life



Tiada ulasan: