22 Julai 2011

::Standby Ajerrr::






Malam tadi gigih meng "Packing" barang2 baby dan saya nak diangkut ke Hospital. Manalah tau kot2 tengah duk buat kerja kat Opis, tetiba rasa nak terbersalin... boleh start kereta terus pegi hospital... senang hati sbb barang2 dah siap standby dalam bonet kereta.

Tengah2 duk packing barang tue, boleh pulak Otak nie jadi Blurr tak tau nak bawak barang apa... mcm first time nak bersalin pulak. last2 sumbat jer apa2 yg patut kat dalam beg tue...

Antara barang yg telah berjaya di sumbat.

Barang Baby

1. Napkin x 3 helai
2. Tuala x 1 helai
3. Baju x 3 pasang
4. Tissu Lembab x 1 pack
5. Pampers x 5 keping
6. Sarung Tangan & Kaki x 2 set
7. Topi
8. Bantal Kecik
9. Bedak, Losyen, Minyak Angin
10. Air Zam Zam


Barang Saye

1. Kain Batik x 2 helai
2. Baju T Shirt x 2 Helai
3. Baju Sejuk x 1 helai
4. Baju Kecik & seluar Kecik x 4 Helai
5. Stokin x 2 Pasang
6. Tuala
7. Pad
8. Losyen Mustajab Pati Halia Extra Hot
9. Syampu, Sabun, Ubat gigi & Berus gigi


Hehehe mcm nak duk seminggu jer kat sepital, Selalunyer klu bersalin Operate 2, 3 hari jer stay kat sepital... Itupun kalau baby tak der masalah, harap2 semuanyer baik2 belaka...

2,3 minggu nie asyik rasa sakit2 jer perut nie, Tido tak lena, kejap2 terjaga.... Nak jalan pun dah tak larat, ketepi ketengah mcm kena tiup angin. Nampak gayanyer mmg tak der harapan lah nak Berfotoshoot dengan adik manis Alizazril.

Huhuhu... Sedih nyer... punyerlah "semangat kuda" saya nak buat Outdoor Photo shoot, Awal2 dah pinjam payung Colorful Aishah... Beli Topi untuk Kakak Mya... Pastue berangan2 nak beli Belon Gas....Ermmm....kalau dah gini Nghuperrr nyer, Ber "Photo shoot" dalam Mimpiiii jerlah.....






2 ulasan:

chintaliza berkata...

hohoho.. kak kita amik gambar dekat taman dekat umah akak jer lah.. dekat sikit, hehehe.. tak yah jejauh,, nak? =)

Mama Mya berkata...

Zaril
Hehehe... susahkan za dgn Ngah jer dr tmn Kosas nak mai Puchong semata2 nak ambik gambar akak kat taman kat umah nie...


minggu depan kita posing2 kat umah mak keratong jerlah...

:)