05 April 2011

:: Tijah, Suami & Dot..dot..dot...::



Tiba2 jer saya rasa terpanggil nak berkongsi cerita yg berlaku disekeliling saya, tp bukan niat memburukkan atau mengaibkan mereka yg terlibat ... sekadar berkongsi cerita kehidupan yg kadang2 kita tak sangka boleh berlaku sedemikian rupa. Mungkin jugak cerita ini dapat mengajar kita sesuatu, agar kita rasa bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang.



TIJAH , SUAMI & DOT..DOT..DOT





Ishkk.. tak tau lah nak marah ker.. nak sedih bila dengar cerita nie... kisah terjadi kepada Tijah (bukan nama sebenar).


Tijah telah saya anggap sebagai adik saya sendiri, Tijah baru selamat melahirkan baby pertama, & masih dalam pantang.... sepatutnyer, dengan kehadiran cahayamata ini makin bertambah lagi kebahagiaan dalam hubungan Tijah & suami.... tetapi tanpa diduga Tijah telah diceraikan oleh suami nyer beberapa hari selepas melahirkan anak.... hati isteri mana lah yang tak hancur bila dapat tahu si suami telah menjalinkan hubungan "songsang" dengan sorang "Pondan", & yang amat mendukacitakan.... Suami Tijah adalah seorang Ustaz, dan Tijah pula seorang ustazah di salah sebuah sekolah agama.


Tijah & suami bukanlah calang2 orang, kerana mereka adalah pelajar Jurusan Undang2 Syariah di salah sebuah Kolej Islam. apa yang menjadi tanda tanya.... Mengapa?? kenapa?? & bagaimana suami Tijah boleh menjalinkan hubungan dengan "pondan"??.... Suami Tijah mengaku telah beberapa kali melakukan perkara "sumbang" bersama Pondan itu.


Minggu lepas... Tijah yg masih dalam pantang telah dibawa oleh ibu bapanyer ke kedah (rumah keluarga mertua Tijah) untuk menguruskan hal perceraian dia & suaminya. Yang lebih menyedihkan, keluarga mertua seolah2 menyalahkan Tijah sebagai punca anak mereka menjalinkan hubungan dengan "Pondan".... Tiada sedikit pun rasa keji @ marah keluarga Mertua Tijah kepada anak mereka (Suami Tijah).


Alahaiiii Dunia....inilah ragam manusia.... ada yg begini.. ader pulak yg begitu..... Allah menduga kita dengan macam2 cara.... Hanya mereka yang kuat & tabah sahaja mampu menghadapi Ujian Allah seberat ini....



2 ulasan:

Mommy Aisy berkata...

Erk! Sampainya hati suami dan keluarga suami si Tijah. Cian Tijah. Dala bersusah payah, mengandung dan melahirkan anaknya dan suami.

Suami si Tijah ni dah ilang akal ke?Keluarga die pula, cm xberfikiran waras. Cian Tijah. Dugaan yg terpaksa die hadapi. Harap2 Tijah diberi kekuatan untuk menghadapi semua ini.

Mya Elzara Batrisya berkata...

Mommy Aisy
Hai Farhana.... tq sudi bace citer Tijah nie... Ermm... akak pun sedih bila kenangkan nasib Tijah nie.. Umur muda lagik (23 tahun).. tp.. terpaksa hadapi dugaan seberat nie...

Apa2 pun.. kita doakan jerlah semoga Suami tijah kembali ke pangkal jalan... AMin..